• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDEA Tidak Akan Dibentang Sebelum PRU14

oleh Ahmad Albab
03/09/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) yang dicadangkan tidak akan dibentangkan di parlimen sebelum pilihan raya umum ke-14, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa teknikal mengenai perkara itu sedang dalam proses menggubal akta baharu itu.

“Ia akta yang baharu dan memandangkan ia baharu sudah tentu penggubalannya mengambil masa. Satu perkara yang baik mengenai akta tersebut ialah kami telah berbincang dengan masyarakat dan parti politik mengenainya.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa taklimat kepada media mengenai Persidangan Serantau mengenai Demokrasi di Asia Tenggara, anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Yayasan Kofi Annan di sini hari ini

Persidangan dua hari itu dirasmikan oleh bekas presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono sementara bekas Menteri Luar Thailand Surin Pitsuwan akan menutup persidangan tersebut esok.

Turut hadir Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail.

Persidangan itu dihadiri oleh wakil dari kerajaan, parti politik, pertubuhan masyarakat sivil, ahli akademik dan media.

Negara-negara yang menyertai persidangan ialah Malaysia, Indonesia, Singapura, Timor Leste, Filipina, Thailand, Myanmar, Vietnam dan Kemboja.

Pada persidangan itu, enam panel akan membincngklan isu-isu pembangunan dan pendemokrasian, hubungan antara pertumbuhan ekononi dan pendemokrasian, badan-badan pengurusan pilihan raya sebagai satu cara untuk membina kepercayaan dan legitimasi dalam proses politik.

Isu-isu lain ialah pembiayaan pilihan raya tanpa menjejaskan legitimasi, pluralisme dan politik identiti dalam demokrasi, dan peranan organisasi masyarakat awam dalam memastikan hak-hak politik dihormati. – BERNAMA

Tags: Datuk Paul Low Seng KuanPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd