• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandangan Sultan Johor Diambil Kira Dalam Projek RTS

oleh AK-47
21/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengambil maklum pandangan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam usaha untuk menambahbaik projek Sistem Transit Rapid (RTS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang diterima menghadap Sultan Ibrahim di Mersing, Johor pada Selasa telah memberi penerangan kepada baginda secara terperinci mengenai projek Link RTS dan Sultan Johor telah melahirkan pandangan baginda semasa pertemuan itu.

“Saya dengan rendah diri mengambil perhatian baginda dan akan mengambil kira pandangan itu ke arah penambahbaikan projek Link RTS,” kata Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini.

Projek kereta api RTS diumumkan oleh kerajaan Malaysia dan Singapura pada 2010 untuk menyediakan alternatif yang amat diperlukan bagi 80,000 hingga 100,000 orang yang berulang-alik menyeberangi Tambak Malaysia-Singapura setiap hari.

RTS mampu membawa sehingga 10,000 penumpang sejam dalam setiap arah antara stesen di Bukit Chagar, Johor Bahru dan Woodlands di Singapura.

Sultan Ibrahim dalam satu wawancara eksklusif dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris dilaporkan menyambut baik projek itu tetapi baginda tidak bersetuju dengan reka bentuk landasan yang melengkung dan ketinggian jambatannya yang boleh mencapai ketinggian 30 meter di bahagian tengahnya.

Menurut laporan ketinggian jambatan akan menjejaskan pemandangan bandar raya itu sepanjang Selat Johor selain ketinggiannya tidak praktikali, ketidakbolehlaksanaan dan kosnya yang berpotensi tinggi.

Abdul Rahman berkata kerajaan komited untuk menandatangani perjanjian itu dengan Singapura menjelang akhir tahun ini.

“Rakyat Malaysia dan Singapura boleh mengharapkan kesalinghubungan dan kebolehcapaian yang lebih baik apabila RTS yang dicadangkan itu siap pada 2024,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

16/11/2025
0

KOTA BELUD: Tiada masalah dalaman dalam Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

Rahman Tekad Ulang Rekod Cemerlang Di Sepanggar

07/05/2018
0

PARLIMEN Kota Belud bertuah kerana diwakili Datuk Abdul Rahman Dahlan pada penggal yang lepas. Pada Jun 2016, beliau dilantik sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd