• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Perak Festival Of Ideas’ Disalur Untuk Bajet 2018

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Semua pandangan dan idea bersesuaian yang dikumpul sepanjang program Perak Festival of Ideas akan turut disalurkan kepada kerajaan Persekutuan untuk dipertimbangkan dalam penyediaan Bajet 2018.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sebarang pandangan serta idea yang terkumpul itu perlu diambil kira kerana ia datang daripada peringkat akar umbi.

“Bagi saya idea ini satu yang sangat penting dalam segenap segi kehidupan kerana untuk kita memulakan sesuatu ia perlu mula dengan idea,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan ‘Smart City Challenge & My Perak Robotic’ di sini, hari ini.

Program itu sebahagian daripada Perak Festival of Ideas yang bermula pada 6 Sept lalu sehingga 12 Sept ini diadakan bersempena Dialog Pangkor 2017 (PD 2017) selama dua hari mulai 11 Sept ini.

Zambry berkata antara cadangan yang beliau sendiri telah ajukan kepada Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani termasuk pengecualian cukai bagi sumbangan oleh mana-mana pihak kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Katanya terdapat pengecualian bagi Tanggungjawab Sosial Korporat kepada sekolah mengikut Akta Percukaian 1967, namun ia belum menyeluruh.

Ditanya mengenai ‘Perak Festival of Ideas’, Zambry berkata sepanjang tiga hari penganjuran, lebih 4,000 orang telah memenuhi beberapa lokasi terpilih untuk menyaksikan pelbagai program yang diatur selain melontarkan pandangan mereka.

Sehubungan itu, beliau optimis sasaran untuk mendapat sebanyak 10,000 idea atau lebih akan tercapai. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd