• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Peniaga Terlalu Galak Buat Promosi Skuter

oleh Ahmad Albab
25/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang pemilik kedai skuter di barat daya China yang terlalu bersemangat mahu membuktikan ketahanan kenderaan dijualnya didenda kerana aksi promosinya yang dianggap terlalu berbahaya apabila membuat aksi piramid bersama sembilan rakannya.

Lelaki terbabit yang namanya tidak didedahkan bersama sembilan rakannya menaiki skuter itu dan mengadakan persembahan ala piramid motosikal di sepanjang jalan di Yufeng, wilayah Sichuan, lapor portal berita Beijing Time, kelmarin.

Pembonceng yang duduk di belakang memegang sepanduk untuk mempromosikan keupayaan skuter itu yang berbunyi ‘mampu menampung berat 10 lelaki,’ sementara seorang lagi melaungkan kata-kata sama menerusi pembesar suara.

Persembahan mereka itu menarik orang ramai untuk menyaksikannya, dengan kebanyakan mereka mengambil gambar dan memuat naik di Internet.

Malangnya, aksi berbahaya terbabit turut menarik perhatian polis trafik tempatan yang kemudiannya menegur pemilik kedai skuter berkenaan kerana menganjurkan aksi seperti itu.

Susulan itu, pemiliknya didenda 490 yuan (RM313.40) manakala dua mata daripada lesennya ditolak.

Menurut laporan, mereka yang terbabit dalam aksi berbahaya itu bersalah atas pelbagai kesalahan termasuk menunggang tanpa memakai topi keledar keselamatan, terlalu ramai pembonceng dan tiada perlindungan.

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan sama ada sembilan rakannya itu turut dihukum.

Di China, pemandu bermula dengan 12 mata pada lesen mereka, tetapi akan ditolak mengikut kesalahan dilakukan. Sebaik kesemua mata ditolak, lesen mereka akan digantung. – Agensi/myMetro Online

Tags: promosisaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd