• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Ziarah Makam Almarhum Sultan Kedah

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi makam Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, di Makam Diraja Langgar dekat sini.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di makam itu kira-kira 6.30 petang dengan diiringi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri, Datin Seri Hizam Awang Ahmad.

Beliau sebelum itu mengadakan lawatan kerja tiga hari di Amerika Syarikat atas undangan Presiden Donald Trump sebelum berlepas ke London dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Theresa May.

Terdahulu, pesawat khas yang membawa perdana menteri tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Kepala Batas di sini kira-kira 6 petang.

Sejurus tiba di Makam Diraja, beliau dan isteri membaca doa di hadapan pusara Almarhum baginda, yang dipimpin Mufti Kedah, Datuk Mohd Syeikh Fadzil Awang dan kemudian menyiram air mawar serta menabur bunga di atas pusara Almarhum baginda.

​​​​​​​Najib kemudiannya berlepas pulang ke ibu negara menaiki pesawat khas dari LTSAH, setelah berada kira-kira 30 minit di makam berkenaan.

Turut berangkat ke Makam Diraja itu ialah Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim dan Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Almarhum Sultan Badlishah.

Dalam catatan di laman Twitternya sebelum ini, Najib berkata beliau dan Almarhum Sultan Abdul Halim mempunyai hubungan yang akrab sama ada atas kapasiti rasmi atau peribadi selama ini.

Najib turut melahirkan rasa dukacita menerima berita kemangkatan tersebut dan mendoakan roh Almarhum dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Almarhum Sultan Abdul Halim, 89, mangkat pada pukul 2.30 petang Isnin lepas di Istana Anak Bukit setelah memerintah Kedah selama 59 tahun.

Almarhum baginda melakar sejarah dengan menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali iaitu pada 21 September 1970 hingga 12 September 1975 dan 13 Disember 2011 hingga 12 Disember 2016. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd