• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Umum Insentif Untuk Warga Telekom Malaysia

oleh AK-47
27/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa insentif untuk warga kerja Telekom Malaysia Berhad (TM) termasuk berkaitan cuti, pendidikan dan kesihatan dalam usaha memenuhi indeks kebahagiaan mereka.

Perdana menteri berkata insentif berkenaan diberikan pengurusan syarikat telekomunikasi itu supaya kakitangannya sentiasa bersemangat dalam menjalankan tugas.

“Jika ada warga TM yang mengandung (misalnya), mereka boleh balik satu jam lebih awal daripada biasa. Pelepasan itu adalah sesuatu yang inovatif,” katanya ketika berucap pada Sesi Jom Bersama Perdana Menteri di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Selain itu, Najib berkata warga TM turut diberi cuti ihsan untuk menguruskan hal keluarga seperti kelahiran cucu dan untuk membawa ibu bapa dan anak menjalani rawatan kesihatan.

“Bagi warga ‘senior’ yang baru mendapat cucu, kita khaskan tujuh hari untuk mereka melawat cucu. Ini agak menarik,” katanya.

Najib turut mengumumkan insentif rawatan pergigian dan perubatan kepada kakitangan eksekutif bernilai antara RM500 ke RM700 manakala bukan eksekutif antara RM250 dan RM500.

Untuk manfaat pendidikan pula, warga TM berhak mendapat biasiswa daripada syarikat berkaitan kerajaan itu.

“Bagi mereka yang ada anak menuntut di MMU (Universiti Multimedia Malaysia), mereka layak mendapat diskaun pinjaman pendidikan sebanyak 35 peratus.

“Bagi pelajar yang mendapat keputusan dengan kepujian kelas pertama pula, bayaran pinjaman akan dikecualikan,” katanya.

Dalam ucapannya, Najib turut melahirkan penghargaan kepada TM terhadap kejayaan melaksanakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dan sumbangan terhadap pembangunan industri telekomunikasi negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd