• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Jangan Buat Spekulasi Kematian Konsul

oleh AK-47
03/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata adalah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab untuk membuat spekulasi mengenai kematian Konsul Kehormat Malaysia ke Madagascar, Zahid Houseinaly Reza lewat bulan lepas.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Azharuddin berkata perkara itu masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa berkaitan.

“Allahyarham Zahid Houseinaly Reza, banyak memberi sumbangan kepada kerajaan Malaysia dalam membantu proses penyerahan serpihan MH370 yang dijumpai di Madagascar. Ingatan dan doa kami adalah bersama keluarga dan orang tersayang beliau dalam keadaan yang sukar ini,” kata beliau.

Beliau membuat kenyataan itu susulan laporan oleh akhbar harian Australia, Perth Now yang memetik penyiasat persendirian Amerika Syarikat Blaine Gibson yang mendakwa Houseinaly bertanggungjawab bagi penyerahan serpihan MH370 kepada kerajaan Malaysia dibunuh pada 24 Ogos.

Beliau juga mendakwa bahawa Houseinaly sepatutnya menyerahkan serpihan baharu itu kepada kerajaan Malaysia apabila beliau dikatakan dibunuh.

Dalam satu kenyataan pada 30 Ogos, Wisma Putra juga telah memaklumkan mengenai kematian Allahyarham. Houseinaly dilantik sebagai Konsul Kehormat Malaysia ke Madagascar pada Disember 2013 untuk tempoh tiga tahun.

Kerajaan Malaysia telah memperbaharui kontraknya untuk jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun lagi sehingga Disember 2019. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd