• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Lancar, Fokus Pelan Tingkat Prestasi FGV

oleh AK-47
11/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesyuarat selama tiga jam bersama pengurusan kanan Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV) di Menara Felda hari ini memberi fokus kepada pelan dan usaha untuk meningkatkan prestasi syarikat, kata Pengerusi baharunya Datuk Wira Azhar Abdul Hamid.

Menurut beliau langkah tersebut dilihat penting agar syarikat tampil kompetitif dan dapat mencapai pertumbuhan yang mampan pada masa hadapan.

“Walaupun syarikat berhadapan dengan krisis, namun situasi itu bukan penghalang kepada FGV untuk terus meningkatkan momentum perniagaan.

“Kita fokus yang baik-baik sahaja untuk selesaikan satu persatu masalah secara berperingkat,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat di sini hari ini.

Ditanya mengenai status Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad, yang dipaksa bercuti berkuat kuasa serta-merta oleh lembaga pengarah syarikat pada 6 Jun lepas, Azhar berkata beliau akan mendapatkan nasihat pihak berkepentingan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Katanya perkara itu kemungkinan akan dibawa pada aturan mesyuarat 3 petang ini untuk dibincangkan.

“Petang ini kita bincang, mungkin delay (lambat) sikit. Nanti kita kena ambil nasihat (sebelum buat keputusan).

“Operasi syarikat kena berjalan. Jangan berhenti. Kita cuma nak pastikan prestasi syarikat kembali kepada landasan sebenar demi mengembali keyakinan dan menjaga semua pihak berkepentingan, termasuk pemegang saham,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Wira Azhar Abdul HamidFGV
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

28/06/2022
0

Sejak beberapa hari ini, boleh dilihat PH berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti FGV dan FELDA dengan pengumuman Mesyuarat Agung FGV untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd