• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Kesihatan Donald Trump Letak Jawatan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Menteri kesihatan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dipaksa meletak jawatan ketika skandalnya menggunakan jet peribadi untuk urusan kerajaan hangat diperkatakan.

“Setiausaha Perkhidmatan Manusia dan Kesihatan, Thomas Price mengemukakan peletakan jawatan hari ini dan presiden menerimanya,” kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Huckabee Sanders dalam satu kenyataan.

Pengumuman itu dibuat kurang daripada sejam selepas Trump memberitahu wartawan, Price tidak diarahkan untuk meletak jawatan tetapi nasibnya akan ditentukan semalam.

“Presiden bercadang melantik D J. Wright memangku jawatan Setiausaha berkuat kuasa 11.59 tengah hari pada 29 September 2017,” kata Sanders.

Wright ketika ini adalah Timbalan Menteri Kesihatan dan Price dikatakan berusaha keras untuk mempertahankan jawatannya yang dipegang kurang daripada lapan bulan.

Menurut sumber politik, secara keseluruhan, Price dikatakan menaiki 26 penerbangan jet peribadi secara berasingan yang menelan kos hingga AS$400,000 (RM1.7 juta).

Price dikatakan cuba menutup skandalnya dengan membayar balik jumlah sebahagian kecil wang yang sudah dibelanjakan untuk perjalanannya. – AFP/BH ONLINE

Tags: Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Sesi Penerangan Menteri RCI Tabung Haji Tanpa Usul – “Baik Buat Sidang Media Saja”

Hanya Sesi Penerangan Menteri RCI Tabung Haji Tanpa Usul – “Baik Buat Sidang Media Saja”

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Afnan Hamimi Taib Azamudden mempersoalkan tindakan kerajaan yang hanya mengadakan sesi Penerangan...

Lepaskan Jawatan Jika Serang Kerajaan Persekutuan – PMX Anwar

Lepaskan Jawatan Jika Serang Kerajaan Persekutuan – PMX Anwar

19/07/2026
0

IPOH - Menteri, Timbalan Menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan diberi amaran menyerang rakan dalam Kerajaan Persekutuan ketika berkempen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd