• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia-Thailand Jalin MoU Kerjasama Keselamatan

oleh AK-47
20/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Kerjasama keselamatan antara Malaysia dan Thailand akan bertambah erat dengan penubuhan Jawatankuasa Bersama Kerjasama Keselamatan kedua-dua negara, menurut dokumen resolusi kabinet yang dikeluarkan kerajaan Thailand.

Kedua-dua negara dijangka menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), yang membuka jalan kepada penubuhan Jawatankuasa Bersama itu di Kuala lumpur bulan ini.

“Ketua Majlis Keselamatan Negara Thailand (NSC) Jen Thawip Netniyom telah diberi kuasa mewakili kerajaan untuk menandatangani MoU di Kuala Lumpur,” katanya sambil menjelaskan bahawa kerajaan telah meluluskan draf MoU mengenai pembentukan jawatankuasa itu.

Dokumen itu dikeluarkan berikutan mesyuarat Kabinet semalam yang dipengerusikan Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha di Ayutthaya, tengah Thailand.

MoU itu akan melibatkan kerjasama keselamatan antara dua negara berjiran ini dalam beberapa bidang termasuk pengurusan keselamatan sempadan, memerangi ekstremisme serta ancaman rentas sempadan dan rentas negara, menurut dokumen itu.

Kedua-dua negara yang berkongsi sempadan darat dan maritim ini telah meningkatkan kerjasama dan memperketat kawasan di sempadan masing-masing, bagi menghindari bukan sahaja penjenayah atau kegiatan penyeludupan, tetapi juga kemungkinan pencerobohan oleh individu yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas, Daesh. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd