• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mah Sing Beri Kontrak Jalan Hubungan RM50 Juta

oleh AK-47
28/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Mah Sing Group memberi kontrak bernilai RM50 juta kepada Kimlun Group untuk mereka bentuk dan membina jalan raya hubungan sepanjang 2.5 kilometer ke Plaza Tol Cahaya Baru, Lebuhraya Senai-Desaru.

Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing Group, Datuk Ho Hoh Sang yang mengumumkan perkara itu berkata​​​​​​pembinaan jalan tersebut dijangka bermula pada suku pertama 2018 dan siap menjelang akhir 2020.

Mah Sing kini sedang membangunkan perbandaran Meridin East di Jalan Kong Kong, Masai, Pasir Gudang, dengan jalan tersebut akan termasuk pembinaan jejambat satu lorong sehala sepanjang 1.5 kilometer dari Jalan Kong Kong.

Ho berkata, kelulusan utama telah diperolehi daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk jalan rayahubungan tersebut, dan kini menunggu kelulusan pihak berkuasa berkaitan berhubung pelan reka bentuk​​​​​​​terperinci.

“Kimlun dipilih berdasarkan rekod pencapaian cemerlang dan kepakaran mereka dalam pembinaan jalan raya. Dalam tempoh hampir 20 tahun dalam pembinaan jejambat dan persimpangan, ada beberapa tahun​​​​​​​mereka bekerja bersama-sama Mah Sing.

“Kami amat yakin projek pembangunan jalan raya ini akan dilaksanakan dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas majlis penandatanganan pemberian kontrak itu kepada Kimlun Group di sini, hari ini.

Beliau berkata, jalan raya hubungan itu akan memendekkan tempoh perjalanan antara 15 dan 45 minit​​​​​​​ dari Jalan Kong Kong dan Masai ke Tanjung Langsat dan Pasir Gudang serta memberi kesan positif kepada ​​​​​​​projek ​​​​​​​Meridin East.

Dalam perkembangan lain, Ho berkata permintaan bagi hartanah kediaman bertanah di Malaysia, terutama di Johor masih baik walaupun wujud ketidaktentuan dan cabaran dalam pasaran hartanah.

Merujuk projek Meridin East, beliau berkata, kadar pembelian adalah antara 50 dan 100 peratus sejak dilancarkan pada Ogos tahun lepas.

“Kebanyakan pembeli memilih hartanah bertanah berbanding kediaman bertingkat-tingkat dan bagi Johor, kami menjangkakan unjuran hartanah kekal menarik dalam beberapa tahun akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Ho Hoh SangMah Sing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mah Sing Tingkat Simpanan Tanah Di Lembah Klang

15/06/2017
0

KUALA LUMPUR - Mah Sing Group Bhd bercadang untuk meningkatkan simpanan tanahnya di Lembah Klang daripada 65 peratus kepada 75...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd