• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mah Sing Tingkat Simpanan Tanah Di Lembah Klang

oleh AK-47
15/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mah Sing Group Bhd bercadang untuk meningkatkan simpanan tanahnya di Lembah Klang daripada 65 peratus kepada 75 peratus dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata ia mahu membangunkan projek perumahan terancang bagi pasaran besar-besaran serta mampu milik di mana, setiap satu berharga di bawah RM500, 000.

Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Leong Hoy Kum, ketika memetik laporan Pusat Maklumat Harta Negara 2016, berkata, transaksi hartanah di Lembah Klang telah mencecah RM30.81 bilion, merangkumi hampir separuh daripada jumlah RM65.6 bilion di seluruh negara.

“Kami percaya permintaan bagi hartanah akan terus kukuh di Lembah Klang, memandangkan nilai dan bilangan transaksi hartanah di kawasan terbabit, setakat ini adalah yang tertinggi dari segi penguasaan ekonomi,” katanya.

Kumpulan itu dalam tahun ini telah mengambilalih tanah seluas 3.44 hektar (ha) di Sentul dan tanah sebesar 1.42 ha berhadapan Taman Tasik Titiwangsa, yang memiliki gabungan nilai pembangunan kasar sebanyak kira-kira RM1.95 bilion.

Kumpulan itu sekarang mempunyai 912.56 ha, dengan jumlah baki nilai pembangunan kasar dan jualan belum dibil sebanyak RM31.5 bilion.

Mah Sing berkata, 70 peratus daripada pembeli produk kumpulan adalah di bawah usia 40 tahun, kebanyakannya merupakan pembeli rumah pertama atau mereka yang mahu mencari rumah kedua mereka tetapi pada harga yang mampu milik. – BERNAMA

Tags: Mah Sing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mah Sing Beri Kontrak Jalan Hubungan RM50 Juta

28/09/2017
0

JOHOR BAHRU – Mah Sing Group memberi kontrak bernilai RM50 juta kepada Kimlun Group untuk mereka bentuk dan membina jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd