• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Didakwa Rogol Cucu Tiri Bunuh Diri

oleh AK-47
30/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Seorang petani yang didakwa merogol cucu tirinya bulan lepas dalam kejadian di Sri Aman, kira-kira 200 kilometer dari sini, meninggal dunia di Hospital Sri Aman awal hari ini, selepas dipercayai meminum racun makhluk perosak petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata suspek berusia 54 tahun itu ditemui dalam keadaan separuh sedar dan mulutnya berbuih di sebuah pondok berhampiran sawah padi miliknya di Sembayang petang semalam.

Suspek ditemui oleh sepasukan JSJ Sri Aman yang ke rumah lelaki itu susulan laporan polis terhadapnya yang mendakwa dia merogol cucu tirinya dalam dua kejadian pada Ogos lalu, kata Dev Kumar dalam kenyataan ini.

Menurutnya suspek kemudian digegaskan ke Hospital Sri Aman sebelum disahkan meninggal dunia pada 5 pagi tadi dan siasatan awal menunjukkan lelaki tersebut membunuh diri dengan meminum racun makhluk perosak.

Dev Kumar berkata pada 21 September lalu, polis Sri Aman menerima laporan daripada hospital berhubung seorang pelajar berusia 14 tahun mengalami kecederaan pada bahagian belakang susulan cubaan membunuh diri dengan terjun dari tingkat satu bangunan asrama sekolahnya.

“Pemeriksaan perubatan mendapati mangsa hamil lima minggu. Siasatan awal polis tidak dapat menentukan faktor yang mendorongnya mahu membunuh diri atau identiti bapa kepada bayi dalam kandungannya,” kata Dev Kumar.

Bagaimanapun dalam temu bual dengan pegawai kerja sosial perubatan di hospital tiga hari lalu, mangsa mendedahkan yang dia dirogol oleh suspek sebanyak dua kali pada Ogos lepas.

Pegawai berkenaan membuat laporan polis dan siasatan susulan polis mendapati mangsa dirogol buat kali pertama pada awal Ogos di sebuah pondok di ladang kelapa sawit manakala kejadian kedua berlaku di sebuah rumah panjang kira-kira seminggu kemudian, katanya. – BERNAMA

Tags: bunuh dirirogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd