• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Ramai Pemimpin PH Akan Sertai UMNO

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini mengesahkan ramai lagi anggota politik Pakatan Harapan (PH) akan menyertai UMNO susulan kembalinya bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib ke pangkuan parti itu.

Beliau berkata pengumuman perkara berkenaan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

“Saya sahkan memang ada anggota daripada PH yang akan menyertai UMNO dan kembali kepada UMNO, pengumuman itu kami akan dilakukan secara berperingkat, kita tunggu sahajalah,” katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Minda dan Sesi Dialog Bersama Rakyat di Kolej Mara Banting di sini semalam.

Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media bahawa terdapat lapan anggota politik lain dari Selangor sepatutnya menyertai Muhammad Taib ketika beliau diumumkan menyertai kembali UMNO Ahad lalu.

Muhammad Taib keluar daripada UMNO pada 2013 untuk menyertai PAS dan kemudian meninggalkan PAS untuk menganggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2015.

Mengulas lanjut, Annuar berkata pergeseran dalaman antara parti-parti komponen PH, tiada agenda untuk membangunkan ekonomi rakyat dan negara dilihat menjadi punca anggota politik yang berkenaan berminat dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“PH ini bukan sebenarnya mahu membantu rakyat dan membangunkan negara, mereka hanya berebut kuasa dan membuat tohmahan dan fitnah semata-mata.

“…dan sekarang banyak tohmahan dan fitnah mereka ini telah terjawab dengan sendiri, isu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan ditangkap jika ke Amerika Syarikat ternyata tipu, isu 1MBD, wang derma daripada keluarga diraja Arab Saudi, semua itu sudah terjawab dan rakyat sendiri dapat melihat permainan kotor politik pembangkang ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd