• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

La Liga: Zinedine Zidane & Anak Berentap

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID – Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane dijadual bertembung buat kali pertama dengan anaknya, Enzo Fernandez apabila kelab kendaliannya bertemu Alaves, malam ini.

Pemain tengah Enzo, 22, meninggalkan pasukan simpanan Real ketika musim berehat baru-baru ini bagi memburu posisi utama di Alaves, kelab di mana dia sudah membuat dua kemunculan dalam saingan La Liga setakat ini.

Namun dengan barisan kendaliannya kini hanya mengumpul tujuh mata di belakang pendahulu Barcelona dan terdesak untuk memburu mata, Zinedine pula harus menempuh perlawanan yang membabitkan hubungan keluarga.

“Saya harap dia (Enzo) tidak meledak jaringan, kami perlu melihatnya daripada sudut keinginan pasukan,” kata pemenang Piala Dunia 1998 itu.

“Saya tidak tahu sama ada ia akan menjadi sesuatu yang ganjil apabila harus menentangnya tetapi saya gembira kerana dia melakukan tugas dengan baik.

“Saya tidak terlalu memikirkannya. Saya mempunyai perasaan tersendiri tetapi perlawanan ini adalah antara Alaves dan Real Madrid, itu yang paling penting buat saya.”

Enzo sudah membuat dua kemunculan dalam saingan La Liga setakat ini. – Foto AFP

Anak Zidane yang berusia 19 tahun, Luca juga mengikuti kunjungan Real selaku penjaga gol pilihan ketiga dan seperti Enzo, dia pernah beraksi bersama pasukan Bawah 19 Perancis manakala adik mereka Theo (15) dan Elyaz (11) juga beraksi bersama pasukan muda Real.

Bekas pemenang Ballon d’Or, Zidane berkata, dia langsung tidak menyentuh karier Enzo sejak dia meninggalkan Santiago Bernabeu, selepas memberi ruang buat anaknya itu membuat kemunculan pertama bersama Real ketika perlawanan Copa del Rey tahun lalu yang menyaksikan darah dagingnya itu meledak gol.

“Enzo sangat kompetitif, seperti saya juga. Saya melihat peningkatannya sebagai seorang pemain tetapi saya bercakap dengannya sebagai seorang ayah,” katanya.

“Saya bukan jurulatihnya, saya ayahnya dan saya tidak perlu memberikan apa-apa mengenai bola sepak. Apabila kami bercakap, ia tidak lebih daripada hubungan antara anak dan ayah.” – AFP

Tags: bola sepakzidane
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd