• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuala Lumpur, Terengganu Ke Liga Super 2018

oleh Ahmad Albab
27/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendahulu Liga Perdana, Kuala Lumpur dan Terengganu layak beraksi dalam Liga Super musim depan setelah mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing pada aksi ke-21 pada Selasa malam.

Kedua-dua pasukan berkongsi 47 mata namun Kuala Lumpur kekal mengungguli carta Liga Perdana menerusi perbezaan jaringan, dengan baki satu perlawanan.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Kuala Lumpur menewaskan Sabah 2-0 dengan kedua-dua gol berkenaan disempurnakan penjaring terbanyak Liga Perdana, Guilherme de Paula pada minit ke-14 dan ke-55.

Pesaing terdekat, Terengganu turut mengesahkan tiket ke Liga Super musim depan setelah menang selesa 3-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Tiga gol skuad Penyu dijaringkan Mohd Faiz Mohd Nasir pada minit ke-19, Tchetche Hermann Brice Kipre (minit ke-35) dan Issey Nakajima-Farran (minit ke-57).

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan Negeri Sembilan turut meraih tiga mata penuh setelah menang tipis 1-0 ke atas UiTM FC hasil jaringan Lee Andrew Tuck seawal minit keenam perlawanan.

Dalam pada itu, ketiadaan seorang pemain akibat dilayangkan kad merah tidak menjejaskan rentak pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) yang berpesta gol membenam pasukan tercorot, Perlis 5-1 di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.

Pemain JDT II, Mohd Hariz Kamarudin diperintah keluar padang oleh pengadil, Mohd Hasrol Mohd Amir kerana mengutip kad kuning kedua pada minit ke-37.

Empat gol skuad Harimau Selatan dijaringkan Nicolas Alberto Fernandez pada minit kesembilan dan masa kecederaan babak kedua perlawanan, Jeronimo Barrales (minit ke-70), Shafiq Shaharudin (minit ke-60) selain gol sendiri pemain Perlis, Muhammad Nasharizam Ab Rasid pada minit ke-42.

Perlis meraih gol sagu hati menerusi Mohd Zafuan Azeman pada minit ke-31.

Dua pasukan tercorot liga, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan MISC-Mifa pula berkongsi satu mata setelah seri 1-1 pada aksi di Stadium UiTM, Shah Alam.

ATM terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Muhammad Faiz Ibrahim pada minit ke-58 sebelum Luiz Eduardo Purcino menyamakan kedudukan untuk MISC-Mifa setelah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-82.

Satu lagi aksi Liga Perdana di antara wakil Pahang, Kuantan FA dan wakil Perak, PKNP FC akan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Rabu. – BERNAMA

Tags: Liga SuperTerengganu FA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rekod Diperbaharui: JDT Catat 105 Perlawanan Tanpa Kalah Liga Super

Rekod Diperbaharui: JDT Catat 105 Perlawanan Tanpa Kalah Liga Super

12/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Dominasi Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Liga Super Malaysia terus mencipta sejarah apabila skuad Harimau Selatan berjaya...

JDT Juara Buat Kali Ke-10 Berturut-Turut

JDT Juara Buat Kali Ke-10 Berturut-Turut

28/09/2023
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) merangkul gelaran Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut selepas menewaskan PDRM FC 4-0...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd