Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Pesawat Tentera Myanmar Hilang...

YANGON – Serpihan dipercayai milik pesawat tentera Myanmar yang dilaporkan hilang pada Rabu...

Kes 3 Lelaki Culik...

KAJANG - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 22 Mac untuk sebutan...

Pelajar Tingkatan Satu Ditahan...

GERIK: Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun bagi membantu siasatan kes...

Daripada Mat Rempit Kepada...

AZMAN (bukan nama sebenar) pernah mempunyai minat yang mendalam dalam aktiviti menunggang motosikal...

KPDNKK Melaka Rampas 6,000 Kg LPG

MELAKA – Pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka menyita dua lori tanki tanpa kepala yang menyimpan kira-kira 6,000 kilogram gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM19,800 dalam serbuan di sebuah stor simpanan kenderaan di Kawasan Perindustrian Krubong di sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasaan negeri Azeem Nazuri berkata dalam serbuan Op Gasak kira-kira 2 petang semalam, didapati stor berkenaan digunakan sebagai tempat penyimpanan bahan api tersebut dipercayai sejak setahun lepas.

Beliau berkata pihaknya turut menahan dua lelaki dipercayai penjaga stor itu bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kami telah menjalankan risikan kira-kira dua bulan hasil aduan orang awam dan mendapati pemindahan sebahagian LPG industri dari lori penghantaran ke lori simpanan di stor itu dilakukan di premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan di premis berkenaan mendapati enam badan lori (bullet) LPG tanpa kepala berada di stor tersebut namun hanya dua daripadanya masing-masing mengandungi 2,000 dan 4,000 kilogram LPG,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata penjaga premis yang ditahan gagal mengemukakan sebarang dokumen pembelian LPG yang disimpan di dalam dua lori itu.


Pihaknya masih menyiasat sumber bahan api berkenaan diperoleh dan harga jual belinya namun tidak menolak kemungkinan ia dijual di pasaran tempatan di sekitar negeri ini, katanya.

Azeem berkata harga industri bahan api itu ialah RM3 sekilogram dan pihaknya akan mengambil tindakan tegas dalam penguatkuasaan undang-undang melibatkan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau berkata individu yang disabit kesalahan boleh didenda atau dipenjarakan atau kedua-duanya. – BERNAMA

Kategori