• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Utara Ganda Usaha Atasi Sekatan PBB

oleh Ahmad Albab
14/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Korea Utara bertekad menggandakan usaha sebagai membantah sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menentang ancaman ‘penjajahan’ Amerika Syarikat (AS).

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata, sekatan itu dipersetujui sebulat suara oleh 15 ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) tetapi dianggap langkah kecil berbanding apa yang diperlukan untuk membendung program nuklear dan peluru berpandu Pyongyang.

Kementerian Luar Korea Utara berkata, beberapa sekatan baharu itu melanggar haknya untuk mempertahankan diri dan bertujuan menyekat negara serta rakyatnya menerusi sekatan ekonomi pada skala penuh.

“Korea Utara akan menggandakan usaha meningkatkan kekuatan untuk menjaga kedaulatan, keamanan dan keselamatan serantau dengan memastikan keseimbangan kuasa dengan Amerika Syarikat,” kata negara itu menerusi kenyataan yang diterbitkan media rasminya KNCA.

Majlis keselamatan mencapai kata sepakat untuk mengetatkan sekatan ke atas Korea Utara dengan menyekat eksport tekstil, mengehadkan bekalan minyak dan mengharamkan usaha sama perdagangan dengan Pyongyang.

Resolusi PBB itu dicetuskan akibat ujian bom nuklear Korea Utara dengan penganalisis menganggap ia bom hidrogen.

Menurut projek di Washington, 38 North yang memantau Korea Utara, kerosakan pada kawasan pergunungan di tapak ujian Punggye-ri jelas kelihatan pada imej satelit dan ia lebih teruk berbanding lima ujian bom nuklear negara itu sebelum ini.

Katanya, terdapat juga kegiatan di lokasi lain iaitu Gunung Mantap dengan banyak kenderaan besar dan peralatan perlombongan yang memberi andaian tempat itu mungkin menjadi tapak ujian bom nuklear akan datang. – Reuters/BH ONLINE

Tags: Korea UtaraPBB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pusat Tahfiz Terbakar, Lebih 20 Terkorban

Next Post

Kes Wabak Taun Di Yaman Bakal Cecah 850,000

Related Posts

Malaysia Desak PBB Bertindak Hentikan Genosid Israel

Malaysia Desak PBB Bertindak Hentikan Genosid Israel

22/03/2025
0

SHAH ALAM – Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa bertindak tegas terhadap Israel bagi menghentikan...

OIC, Liga Arab, PBB Digesa Tegas Tolak Cadangan Trump

OIC, Liga Arab, PBB Digesa Tegas Tolak Cadangan Trump

27/01/2025
0

SHAH ALAM - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa supaya mengambil tindakan tegas dalam...

Next Post

Kes Wabak Taun Di Yaman Bakal Cecah 850,000

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd