Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Batal SOSMA Buka Ruang...

KUALA LUMPUR – Cadangan membatalkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan...

Hina Sultan: NGO Kerabat...

KUANTAN - Badan Kebajikan Kerabat Pahang menyifatkan Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz...

Willie PKR Pelawa BN,...

KUCHING - Calon PKR yang baru sahaja terpilih bagi kerusi Parlimen Puncak Borneo,...

Najib Tidak Hipokrit

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengaku silap kerana tidak membuat imbasan suhu...

Kes Wabak Taun Di Yaman Bakal Cecah 850,000

GENEVA – Kes wabak taun di Yaman yang dilanda krisis peperangan dijangka meningkat kepada 850,000 pada akhir tahun ini.

“Penularan wabak ini sudah mencecah satu angka yang amat besar ketika ini,” kata Pengarah Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di Asia Barat, Robert Mardini, semalam.

Kemusnahan infrastruktur di Yaman akibat perang lebih dua tahun di antara kerajaan disokong Arab Saudi dengan pemberontak Syiah yang menguasai ibu negara, Sanaa menjadi punca epidemik ini merebak menjadi terbesar di dunia.

“Pada Julai lalu kami bimbang angka itu akan mencecah 600,000 kes akhir tahun ini, tapi kini ia sudah pun mencatat 647,000 kes,” kata Mardini kepada AFP.

“Kami meramal ia akan menjadi 850,000 pada akhir tahun ini.”


Pada awal minggu ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyebut 2,065 orang sudah maut setakat ini akibat jangkitan penyakit berkenaan. – AFP/BH ONLINE

Kategori