• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konvoi Kereta Penjara Nahas, Tapi Anwar Masih Selamat

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNGKIN aib apabila media tempatan mendedahkan berita penahanan tiga pegawai seorang ahli parlimen PKR, pembangkang memperbesarkan cerita nahas Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Malangnya ketika netizen antikerajaan membuat tohmahan jahat konon kemalangan tidak dijangka itu dirancang pihak tertentu bagi ‘bunuh’ tokoh pembangkang itu, pihak polis menyifatkan ia sekadar nahas jalan raya biasa.

Demikian ditegaskan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Somu Subramaniam ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan kejadian itu setelah habis ditularkan penyokong pembangkang menerusi media sosial.

Beliau sebaliknya menjelaskan kemalangan hanya membabitkan dua kenderaan milik Jabatan Penjara Malaysia yang dalam perjalanan balik ke Penjara Sungai Buloh dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada tengah hari Jumaat.

“Kita ada terima laporan berkenaan kes kemalangan terbabit, ia adalah satu kemalangan kecil dan tiada kecederaan serius dilaporkan,” kata Somu. Anwar pulang ke penjara itu selepas empat hari menerima rawatan di HKL.

Baca: Kes Rasuah – 3 Pegawai Ahli Parlimen PKR Direman

Peguam Anwar, R. Sivarasa yang tiga pegawainya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, berkata nahas 12.30 tengah hari tadi itu berlaku di persimpangan berhampiran Saujana Utama, Sungai Buloh.

“Pegawai penjara yang memandu kereta membawa Anwar telah menekan brek secara mengejut untuk elak sebuah kenderaan datang dari arah bertentangan. Tindakan itu menyebabkan sebuah lagi kereta pengiring melanggarnya.

“Ia dirempuh dari arah belakang. Anwar bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kereta yang dinaikinya mengalami kerosakan di bahagian belakang,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Sivarasa yang sebelum itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibu negara mengikuti permohonan reman tiga pegawainya berkata, Anwar diberi ubat tahan sakit selepas pemeriksaan dilakukan doktor di penjara.

“Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Jeyaindran Tan Sri Sinnadurai, dijadual bertemu Anwar untuk menetapkan jika memerlukan sebarang rawatan lanjut,” katanya.

Insiden itu dilihat pemerhati politik tempatan sebagai cuba alih perhatian rakyat terhadap pergolakan pembangkang sebagai mana mereka memperbesarkan berita Anwar dimasukkan ke HKL. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Anwar IbrahimPenjara Sungai Buloh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd