• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Tapak Kaki Nabi Ibrahim Pudar Ratusan Tahun

oleh
01/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Masyarakat Islam sudah banyak baca, dengar atau lihat sendiri simbol kiblatnya, iaitu Kaabah. Namun berapa ramai yang benar-benar tahu sejarahnya, mungkin boleh jadi persoalan.

Pengkaji hal ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Mohi Eddine Hashemi, menjelaskan bahawa ia bemula apabila Allah SWT menurunkan Hajar Aswad dan batu-batu lain kepada Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail.

Mereka kemudian diperintah untuk mendirikan Kaabah dan salah satu batu itu ditandakan oleh dua tapak kaki baginda. Selepas selesai membina rumah lama, Nabi Ibrahim berdiri di atasnya; dan tapak kaki baginda tenggelam.

Ia menandakan pembinaan rumah suci itu, menurut laman berita tempatan Al Arabiyya. Kedudukan itu atau kini disebut makam Ibrahim berada bersebelahan sahaja dengan Kaabah sepanjang sejarah ribuan tahun lamanya.

Mohi Eddine juga menyatakan bahawa tanda jari kaki dan tapak tersebut bagaimanapun pernah pudar akibat ia sering terdedah kepada kesan pegangan orang ramai, yang disentuh buat berkurun-kurun lamanya.

Apabila Nabi Muhammad SAW membuka Makkah, baginda membuat keputusan untuk memindahkan batu tersebut dari lokasi asalnya berdekatan Kaabah, ke kawasan yang lebih jauh lagi, iaitu 10 meter dari Kaabah.

Ini sebenarnya ujar Mohi Eddine bagi memudahkan para jemaah untuk selesa bertawaf mengelilingi Kaabah dan bersolat di bahagian belakangnya seperti yang diarahkan dalam al-Quran, lapor laman Al Arabiyya.

Menurut sejarawan, raja pertama yang memerintah menutupnya ialah Khalifah al-Mahdi ketika zaman empayar Abbasiyah. Khalifah al-Mutawakkil pula memerintahkan ditutup dengan perak dan emas bagi menguatkannya.

Pada era kerajaan Arab Saudi pula, khususnya di bawah pemerintahan Raja Faisal, kerja perluasan dikerahkan dan binaan itu diruntuhkan untuk meluaskan lagi ibadah tawaf. Ia diganti dengan kaca kristal dan perak juga dipasang.

Tambah laporan Al Arabiyya, ia sudah diubah suai sekali lagi ketika pemerintahan Raja Fahd, dengan kaca tidak mudah pecah diletakkan di atas makam itu yang diselaputi perak dan emas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: kaabahmasjidil haramNabi Ibrahim
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Dua Ahli ‘Sindiket Scammer’ Didakwa Memberi, Subahat Beri Rasuah RM60,000

Alas Kaki Gambar Kaabah: Siasatan Tetap Diteruskan

16/04/2024
0

KOTA TINGGI - Siasatan terhadap 11 alas kaki bergambar Kaabah yang didakwa sejadah mini dirampas di sebuah pasar raya di...

Jari Kanak-kanak Terlekat Dalam Lubang Bekas Sudu Logam

Arab Saudi Hadkan Halaman Sekitar Kaabah Hanya Kepada Jemaah Umrah

09/03/2024
0

KAHERAH: Arab Saudi menetapkan halaman sekitar Kaabah di Masjidil Haram, adalah dihadkan untuk jemaah yang mengerjakan Umrah sahaja. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd