Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Gagal Tangani Isu...

SHAH ALAM: Kerajaan dilihat gagal menguruskan kemelut kenaikan harga barang apabila tidak mengemukakan...

Masyarakat Perlu Bekerjasama Lapor...

TAWAU - Masyarakat perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis termasuk melaporkan sebarang kes...

218 Set Borang Pencalonan...

KANGAR – Sebanyak 218 set borang pencalonan bagi kawasan Parlimen dan Dewan...

Lelaki Didakwa Tipu Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

Alas Kaki Gambar Kaabah: Siasatan Tetap Diteruskan

KOTA TINGGI – Siasatan terhadap 11 alas kaki bergambar Kaabah yang didakwa sejadah mini dirampas di sebuah pasar raya di Batu Pahat Selasa lalu akan tetap diteruskan walaupun syarikat terbabit sudah pun memberikan penjelasan pada Isnin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan tetap mendengar kenyataan Pasar raya AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) dan syarikat pembekal produk itu A&R Fashion Collection (A&R) yang didakwa kononnya terdapat kekeliruan dalam perkara tersebut.

“Kita mendengar kenyataan itu, walau bagaimana pun kita tetap akan meneruskan siasatan dan pihak polis telah pun menyiasatnya ketika hari kejadian tersebut viral. Rampasan juga telah dibuat.

“Saya sebenarnya bimbang bila syarikat sebesar itu sangat tidak prihatin dengan susunan tanda nama barang jualan. Kenapa alas kaki dan sejadah diletakkan sekali? Kalau awak tahu sejadah itu mulia kenapa diletakkan sekali?

“Saya ada gambar dan maklumatnya, namun kenyataan yang mereka keluarkan itu, saya boleh dengar sahaja…sebagai agensi penguat kuasa dan agensi agama di Johor, saya akan bertanggungjawab terhadap agama saya terlebih dahulu sebelum saya menimbangkan keterangan itu. Tindakan undang-undang memang tertumpu kepada bidang kuasa sivil dan kanun keseksaan.

“Bidang kuasa agama negeri-negeri, kita hanya boleh memberikan kerjasama bagi maksud penguatkuasaan dan pemantauan sebab ianya lebih kepada bidang kuasa sivil tetapi sebab kita pemegang bidang kuasa agama di negeri, maka kita kena melihat perkara ini ke hadapan dan saling bekerjasama dengan agensi Pusat seperti Jakim, polis dan JAINJ dengan memberi komitmen tidak berbelah bagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) di Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi di sini pada Selasa.

Pada Isnin, AEON BiG dan A&R mengeluarkan kenyataan bersama menjelaskan bahawa kekeliruan timbul berikutan barangan tersebut dilabel secara tidak tepat sebagai alas kaki.

Terdahulu, Mohd Fared memaklumkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) merampas 11 alas kaki berkenaan di pasar raya itu susulan aduan orang awam.


Mengulas lanjut, Mohd Fared berkata, syarikat terbabit perlu meletakkan alas kaki terbabit di tempat yang betul sekiranya benar dakwaan produk itu sebenarnya adalah sejadah mini dengan gambar Kaabah.

Beliau secara sinis berkata, tidak pernah melihat sejadah yang ada kedudukan gambar Kaabah seperti itu sekali gus akan menimbulkan keraguan dan persoalan.

“Saya tidak pernah nampak sejadah yang gambar Kaabahnya hujung-hujung atau pun separuh sahaja. Walaupun sejadah mestilah memperlihatkan rupa bentuk sejadah itu sendiri, kalau dia ada gambar Kaabah, letak di tengah-tengah, kalau tak reti nak mereka bentuk jangan cuba untuk mereka.

“Tanyalah JAINJ sebelum awak menjual atau pun bertanyalah kepada agensi kerajaan berkaitan agama untuk mendapatkan nasihat.

“Ini nasihat saya kepada AEON Big. Sensitiviti agama tidak hanya boleh dijelaskan dengan keterangan awak semata-mata di atas sekeping kertas kerana ianya melibatkan kemuliaan agama itu sendiri dan perasaan semua umat Islam,” tegasnya.

Mohd Fared berkata, amat mengejutkan malah memalukan apabila produk alas kaki tersebut didakwa dihasilkan daripada syarikat milik bumiputera.

Bagi memastikan perkara itu tidak berulang katanya, pihak JAINJ dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan sesi libat urus menjemput semua dewan perniagaan Melayu, Cina dan India termasuk EON Big untuk memberi keterangan dan panduan lebih jelas.

“Ini untuk memberikan makluman yang lebih jelas tentang bagaimana seharusnya reka bentuk sejadah yang terlebih tepat kerana semua produk Islam mestilah mendapat nasihat daripada agensi-agensi agama bagi mengelakkan masalah berbangkit,” ujar beliau.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori