• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Denggi Di Labuan Meningkat Sejak Januari

oleh Ahmad Albab
05/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Bilangan kes denggi di sini meningkat kepada 53 kes sejak Januari lalu namun tiada kematian dilaporkan setakat ini, kata Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari hari ini.

Beliau berkata sekurang-kurangnya lima kes dilaporkan minggu pertama bulan ini melibatkan perkampungan air Kampung Patau-Patau (3 kes) dan Kampung Layang-Layang (2 kes).

“Kami sedang memantau situasi sebelum mengisytiharkan kampung terbabit sebagai kawasan wabak,” katanya pada sidang media selepas Latihan Simulasi Kesihatan di Lapangan mengenai Rabies bagi Borneo Utara, di sini hari ini.

Beliau menggesa semua pihak, terutama pemilik kediaman agar memainkan peranan masing-masing bagi mencegah peningkatan kes denggi dengan menghapuskan tempat-tempat pembiakan aedes.

“Sekalipun diadakan kempen kesedaran dan pendidikan serta gotong-royong, masih ada kawasan yang menjadi tempat pembiakan aedes, terutama di perkampungan pelarian di bawah Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian iaitu Kampung Muslim Laut.

“Sehubungan itu, kami tiada pilihan kecuali menguatkuasakan sepenuhnya Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan mengadakan operasi dalam masa terdekat,” katanya Labuan mencatatkan 13 kes denggi sepanjang tahun lepas berbanding hanya tiga kes pada 2015. – BERNAMA

Tags: denggiLabuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemui Dalam Kereta Ditinggalkan Di Labuan

Mayat Kanak-kanak Ditemui Dalam Kereta Ditinggalkan Di Labuan

28/11/2025
0

LABUAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan maut dalam kereta yang ditinggalkan di kawasan perindustrian Kampung Muslim, di sini,...

6 Ditahan Cuba Seludup Minuman Keras Dari Labuan

6 Ditahan Cuba Seludup Minuman Keras Dari Labuan

24/05/2024
0

Labuan : Enam individu ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup masuk 486 karton minuman keras dalam serbuan di tebing Sungai Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd