Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pukul, Dera Dan Paksa...

SEORANG sami Buddha ditahan polis India atas tuduhan mencabul 12 budak lelaki di...

Azhar Perjelas Isu Henti...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini menjelaskan...

Pekerja Warga Bangladesh Maut...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja warga Bangladesh maut dihempap besi pembinaan yang tercampak...

Calon BN Yakin Dengan...

SHAH ALAM - Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Kempen Busking Dana Air Bersih Somalia Bermula…

KEMPEN Dana Waqaf Perigi Air Bersih di Somalia memasuki frasa kedua dengan pelancaran Siri Busking4Somalia yang bermula di Komplek Sogo Kuala Lumpur petang semalam.

Projek amal anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Syed Amran Al Yahya di pedestrian Sogo bermula 4 petang itu menerima sambutan menggalakkan dari warga kota.

Matlamat kempen ini ialah meraih dana bantuan waqaf dan meningkatkan kesedaran awam dalam menyampaikan maklumat mengenai nasib mangsa peperangan dan bencana kemarau di Somalia.

IRM kini dalam proses menyediakan dua telaga air bersih di Mogadishu bagi kegunaan 20 ribu penduduk miskin yang mengalami masalah bekalan air bersih sejak 30 puluh tahun lalu.

“Kami memulakan kempen frasa pertama di TV AlHijrah sejak Ramadan lalu, dan kini menuju frasa kedua di jalanan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai pentingnya bekalan air bersih kepada umat Islam di Mogadishu, Somalia,” kata CEO IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin.

IRM sudah lebih sedekad mengendali program kemanusiaan di Somalia dengan pengkhususan pada program makanan, pendidikan dan insfrastruktur.

“Air bersih penting untuk memastikan penduduk terlindung dari penyakit bawaan air tercemar. Selain itu, ia membantu membangunkan sektor pertanian serta bekalan bagi kegunaan sekolah dan hospital,” kata Zairulshahfuddin.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 10 juta penduduk Afrika mati setiap tahun akibat penyakit bawaan kuman air tercemar.


Syed Amran yang sebelum ini mengadakan Busking4Cancer mengetuai persembahan di depan Komplek Sogo bagi menghimpunkan peminat muzik jalanan untuk mendengar maklumat terkini mengenai keadaan umat Islam di Somalia.

Turut mengadakan persembahan ialah Effa Zaffa dan Soul Brothers.

“Muzik jalanan mampu menjadi pusat maklumat ummah. Kolaborasi dengan IRM demi memastikan isu Somalia menjadi isu kita semua selaku rakyat Malaysia dan umat Islam,” kata Syed Amran yang popular dengan lagu Selamat Malam Rohingya.

Untuk pertama kali, lagu tema kempen ini berjudul Rindu Salma diperdengarkan di jalanan. Lagu tema ini mengangkat kisah kaum ibu di Somalia yang kehilangan anak-anak akibat penyakit berjangkit, kekurangan gizi dan bencana kebuluran.

“Kami bermula di KL semalam, minggu depan di Shah Alam dan Inshaallah akan menjelajah seluruh bandar di Malaysia selepas ini,” kata Syed Amran.

Seramai 20 sukarelawan IRM ikut membantu konsert yang berlangsung selama dua jam dengan persembahan pelbagai lagu tema kemanusiaan serta lagu pop semasa. – MYNEWSHUB.CC

IRM & Syed Amran Bergabung Demi Somalia

Kategori