• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Mangsa Kes Bunuh Rayu Bantu Kesan Peguam

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Keluarga kepada seorang mangsa kes bunuh di Sibu kira-kira lima tahun lalu merayu bantuan orang ramai untuk mengesan seorang peguam yang diupah mereka bagi mengendalikan ‘kes perebutan hak penjagaan’ anak mangsa, yang peguam berkenaan dikatakan telah menghilangkan diri.

Perbicaraan kes pembunuhan pengurus bank HSBC Wong Jing Kui di Mahkamah Tinggi Sibu yang kini semakin hampir ke penghujungnya, menjadikan usaha mengesan penguam berkenaan semakin kritikal, dan usaha kakak mangsa, Wong Hie Huong, 47, sudah semakin buntu.

Wong Hie Huong yang ditemani kedua ibu bapanya hari ini berkunjung ke beberapa pejabat media tempatan di sini untuk meminta bantuan, kerana dari awal lagi menurutnya mereka tidak berpuas hati dengan cara penguam berkenaan mengendalikan kes perebutan penjagaan anak mangsa, yang baru berumur tiga tahun semasa kejadian.

Beliau berkata anak mangsa kini berada di bawah penjagaan ibunya, Ling Hang Tsyr, yang sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh suaminya Wong Jing Kui, dan kanak-kanak yang merupakan satu-satunya saksi kejadian itulah yang kini itu menjadi ‘subjek’ perebutan.

Katanya mereka telah membuat laporan polis bulan lepas bagi mengesan peguam berkenaan, selepas tinjauan ke pejabat Ernest Chua & Co Advocates di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini mendapati pejabat itu telah ditutup, difahamkan sejak tahun lepas lagi.

Beliau seterusnya merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai peguam berkenaan supaya menghubunginya dengan menelefon 016-8843275. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd