Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Umat Islam Perlu Tolak...

PUTRAJAYA - Umat Islam di negara ini perlu menolak segala kefahaman ekstrem yang...

4,053 Perjawatan Tetap Tambahan...

KUALA LUMPUR: Seramai 4,053 permohonan membabitkan perjawatan tetap sebagai pegawai perubatan, pergigian dan...

Akibat Bergaduh, Pelumba China...

BAGI yang tidak tahu, perlumbaan Le Tour de Langkawi 2018 (LTdL 2018) sedang...

JAIM Kuat Kuasa Undang-Undang...

MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sedang menguatkuasakan undang-undang di bawah Seksyen...

Kecoh Artis Indonesia Suka Tayang Paha

SEBAGAI selebriti, golongan ini mestilah akan sentiasa mendapat perhatian daripada orang awam. Tidak kisah walau dekat mana sekalipun mereka berada.

Bukan apa, kadang kala ada sesetengah orang menjadikan selebriti ini sebagai model ikon yang mereka mahu contohi.

Baru-baru ini sedikit kecoh di portal online negara seberang mengenai beberapa keping gambar selebriti yang menyarung pakaian seksi sehingga menampakkan potong kaki mereka serta sosok tubuh yang melemahkan iman para lelaki.

Antaranya ialah Chelsea Olivia yang merupakan duta kecantikan produk pelangsingan badan, Marie France Bodyline.

Dia tampil berani dengan menggayakan sepasang gaun panjang berbelah sehingga menampakkan pahanya yang putih gebu itu.

Untuk anda yang tak tahu lagi, Olivia juga merupakan salah seorang pelakon di dalam sinetron berjudul Matahariku yang pernah popular pada tahun 2006.

Ketika Olivia mengandungkan anak pertamanya, Nastusha, berat badan wanita jelita ini telah naik sebanyak 30 kilogram! Tapi, tengok lah sekarang... Hot mummy kata orang tu.

Selain Olivia, Ayu Ting Ting juga sering dikaitkan dengan gosip liar kerana personalitinya yang agak manja dan dia juga sering menggayakan pakaian yang kata orang ‘tak cukup kain’.

Mungkin baginya sebagai artis dangdut, jadi dia perlu berpakaian yang akan menarik perhatian orang lain.

Wanita bekerjaya ini, Nikita Mirzani sering dilabel sebagai artis yang tak lekang degan gaya seksi serta dikekalkan olehnya walaupun sudah mempunyai dua orang anak.

Walaupun busana dress berwarna hijau yang digayakannya ini ‘tidak begitu seksi’, tapi ia masih lagi menampakkan kaki panjangnya itu.


Kata orang, bila dah berumah tangga, orang perempuan ni akan nampak lebih berseri. Betul ke? Mungkin ada betulnya, tengok sajalah Jessica Iskandar & Indah Kalalo ni.

Mereka berdua masing-masih telah berkongsi hidup dengan pasangan masing-masing yang juga merupakan jejaka dari negara luar dan  telah dikurniakan anak.

Namun gambar seksi mereka yang kecoh di media sosial itu merupakan gambar lama.

Ashanty Ash pula merupakan isteri Anang iaitu bekas suami Krisdayanti. Apa yang luar biasanya apabila wanita ini telah memakai maxi dress yang menampakkan pinggang dan belahan di kaki sehingga menampakkan paha sekali.

Ternyata Ashanty telah termasuk dalam senarai ibu muda yang seksi! Waima gambar ini telah diambil pada tahun 2015 namun Ashanty masih lagi berimej seksi sehingga kini.

Mungkin bagi negara Indonesia, selebriti berpakaian seperti itu sudah biasa bagi mereka. Tapi cuba kalau selebriti Malaysia yang pakai macam tu? Tak cukup patah perkataan keyboard worrior nak kecam kan!

Tengok je la apabila isu Tasha Shila akai baju terlebih terdedah sewaktu mengahadiri satu majlis. Satu Malaysia bergegar tau!

Tapi itu bukan alasan untuk selebriti negara kita mahupun negara jiran untuk sentiasa tampil dengan imej seksi. Bukankah kita sepatutnya memberi contoh yang baik kepada yang lain?

Jangan kerana nakkan perhatian netizen atau para peminat, sampai ada yang sanggup mendedahkan aurat. Itu bukan dapat perhatian namanya. Tu maksudnya cari bala, cari masalah. – MYNEWSHUB.CC

Kategori