• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Tahfiz, Ramai Tampil Beri Khidmat Percuma

oleh AK-47
17/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Susulan tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang mengorbankan 23 orang termasuk dua warden pagi semalam, beberapa individu tampil menawarkan pelbagai khidmat keselamatan percuma kepada sekolah tahfiz dan pusat amal di seluruh negara.

Konsultan keselamatan Muhammad Khairul Ruslan, 39, dari Mersing, Johor antara individu terawal yang berbuat demikian dengan menawarkan latihan keselamatan, kesihatan, pencegahan kebakaran kepada pusat tahfiz, rumah anak yatim atau sekolah swasta yang dikelola secara persendirian, menerusi aplikasi WhatsApp.

Pengarah Urusan Khairuzita Resources & Consultancy itu berkata beliau berasa terpanggil untuk berbuat selepas tersentuh dengan tragedi yang menimpa anak-anak tahfiz tersebut, lebih-lebih lagi seorang daripada tujuh anaknya juga belajar di sekolah tahfiz di Muar.

“Sebagai seorang konsultan yang berdaftar di bawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP), saya biasa memberi taklimat keselamatan kepada pekerja asing di tapak pembinaan untuk memastikan persekitaran tempat bekerja mereka selamat.

“Namun selepas mendengar kejadian kebakaran di Keramat itu, saya terfikir mengapa saya sebagai konsultan mampu memberi taklimat kepada warga asing bagaimana untuk menyelamatkan diri, sedangkan saya tidak pernah berkongsi mengenai teknik keselamatan kepada anak saya yang menuntut di pusat tahfiz,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ikhlas menawarkan khidmat tersebut, Muhammad Khairul berkata beliau juga ingin memberikan kesedaran kepada pengusaha sekolah tahfiz dan pusat amal agar mengambil berat aspek keselamatan.

Katanya perkhidmatan ditawarkan beliau itu melibatkan 10 sukarelawan lain yang akan memberi penerangan mengenai keselamatan, menjalankan latihan simulasi dan membuat penilaian audit sebelum memberi syor untuk meningkatkan keselamatan di pusat masing-masing.

“Selepas kita kenal pasti kelemahan yang terdapat di pusat tahfiz, kita akan mengesyorkan dari segi keperluan keselamatan yang perlu ada untuk memastikan tempat selamat dan sekiranya mereka tidak mampu untuk menyediakan keperluan seperti alat pemadam api akibat kekangan kewangan, kita akan bantu pula mendapatkan dana untuk mereka,” katanya.

Sejak WhatsApp mengenai khidmat percuma itu tular, 50 pusat tahfiz dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor menyatakan minat dengan tawaran berkenaan.

Sementara itu, Datuk Ir. Zainurin Karman, 53, pula tampil menawarkan perkhidmatan melukis pelan struktur dan infrastruktur bangunan secara percuma kepada sekolah agama, maahad tahfiz, rumah anak yatim dan surau yang kekurangan bajet.

Pengerusi Institut Jurutera Malaysia cawangan Negeri Sembilan itu berkata beliau telah mengadakan perkhidmatan percuma tersebut sejak lima tahun lalu bagi meringankan beban organisasi yang memerlukan perkhidmatan membuat pelan yang menelan belanja besar.

“Saya memahami pusat-pusat tahfiz, badan amal mahupun surau ditubuhkan dengan niat untuk bekalan akhirat, namun akibat duit yang terhad ramai terpaksa mengabaikan proses keselamatan yang dituntut kerajaan dalam sesuatu pembinaan.

“Kos untuk membuat pelan ini sahaja menelan belanja antara RM15,000 hingga RM30,000 bergantung kepada keluasan tapak. Memang satu jumlah yang banyak sehingga ramai yang tidak mampu, sebab itu saya ambil inisiatif menawarkan khidmat secara percuma bagi infak ke jalan Allah tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Beliau berkata khidmat bantuan itu merangkumi proses mengukur tanah, melakar pelan dan mendapatkan kelulusan daripada majlis perbandaran dan syarikat ulitili yang berkaitan sebelum pembinaan dilaksanakan. – BERNAMA

Tags: Darul Quran Ittifaqiyah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

11/05/2023
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, mustahil kejadian kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat di ibu negara hanya...

“Saya Mahu Dia Jadi Lebih Baik Selepas Ini” – Bapa

29/01/2020
0

KUALA LUMPUR - “Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Dia dibebaskan dan saya mahu selepas ini dia menjadi lebih baik daripada sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd