• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebajikan Golongan OKU Dijamin Kerajaan

oleh AK-47
15/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Kebajikan golongan orang kurang upaya (OKU) di Sabah terjamin menerusi pelbagai inisiatif dan bantuan disediakan kerajaan pusat dan negeri, kata Ketua Puteri UMNO Silam, Zuraidah Asdain.

Beliau berkata bantuan untuk golongan itu merangkumi pelbagai aspek termasuk pendidikan, perniagaan dan kesihatan.

Bagi pelajar OKU pula, bantuan disalurkan termasuk elaun RM150 setiap bulan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah manakala bantuan khas untuk yang melanjutkan pelajaran ke universiti, katanya pada program Puteri UMNO bersama Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di sini, hari ini.

Beliau turut menasihatkan masyarakat agar tidak melabel kanak-kanak OKU sebagai seorang yang tidak mampu berjaya kerana setiap individu yang dilahirkan OKU memiliki bakat dan kelebihan diri masing-masing.

“Kanak-kanak daripada PDK di sini baru-baru ini menjuarai Pertandingan Talentine peringkat negeri Sabah dan pada 2010 turut pernah memenangi Talentine peringkat kebangsaan. Ini bukti kanak-kanak OKU juga mampu meraih kejayaan yang sama seperti kanak-kanak normal,” katanya lagi.

Pada majlis itu, Zuraidah menyampaikan sumbangan RM1,000 untuk tabung sentuhan tari PDK Lahad Datu dan RM1,000 untuk penyediaan baju korporat PDK itu. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd