• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keadaan Banjir Di Kedah Pulih Sepenuhnya

oleh AK-47
28/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Keadaan banjir kilat di Kedah pulih sepenuhnya dengan pusat pemindahan terakhir di Sekolah Kebangsaan Kodiang Lama, Kubang Pasu ditutup pada 6 petang hari ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), 40 mangsa daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan itu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

Menurutnya, bilik operasi gerakan banjir Kedah yang dibuka sejak seminggu lalu turut ditutup dengan penutupan pusat pemindahan itu.

Hujan lebat yang bermula Rabu minggu lepas menyebabkan berlakunya banjir kilat sehingga menyebabkan sejumlah penduduk di daerah Kota Setar, Pendang, Pokok Sena, Kuala Muda dan Kubang Pasu dipindahkan ke pusat pemindahan.

Pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Kechil, Bukit Meriam, Kuala Muda adalah yang pertama dibuka yang menempatkan 261 mangsa sebelum keadaan semakin buruk apabila sebanyak 3,067 mangsa daripada 1,078 keluarga dipindahkan di 21 pusat pemindahan di seluruh negeri pada Isnin lepas. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd