• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kami Minta Maaf,” Kata Penerbit TISG

oleh Ahmad Albab
03/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – “Kami Minta Maaf!” kata penerbit theindependent.sg, atau TISG.

“Kami memohon maaf dengan sepenuh hati kepada pihak yang berkenaan susulan penderitaan dan kesedihan akibat daripada insiden ini,” menurut notis yang dimasukkan dalam laman sesawang TISG dan dilihat lebih 100,000 kali.

Notis itu menggantikan artikel asal bertajuk “warga Singapura berusia 25 tahun meninggal dunia selepas hospital Malaysia menuntut bayaran tunai sebelum rawatan” yang disiarkan pada 31 Ogos.

Ia dipercayai merupakan respons TISG kepada reaksi Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap artikel itu.

Kementerian itu berkata surat rasmi akan dihantar kepada kerajaan Singapura berikutan rasa tidak puas hati berhubung tindakan portal berita dalam talian republik itu yang menyiarkan laporan tidak asas berkaitan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan petugas perubatan di Malaysia.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata pada Sabtu, surat itu akan diserahkan tidak lama lagi selepas perbincangan diadakan bersama pasukan guaman kementerian itu, dan Kementerian Luar.

“Surat kepada kerajaan Singapura itu akan menyatakan perasaan dan pandangan kami tentang apa yang telah dilakukan oleh portal (berita) itu. Selepas itu, terpulang kepada kerajaan Singapura untuk mengambil langkah selanjutnya,” katanya.

Dalam laman sesawang itu, TISG mendakwa telah mencatatkan lebih sejuta pembaca dalam sebulan dan sedang memperluaskan liputannya ke Asia serta Australasia.

Menurut portal itu, ia mengetengahkan perspektif bebas terhadap berita dan hal ehwal semasa di Singapura.

Portal itu dimulakan pada 9 Ogos 2013. – BERNAMA

Tags: mohon maafportal berita
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banjir: 49 Penduduk Di Maran Dipindahkan

Next Post

Dapatkan Keberkatan Hidup, Zila Kembali Bertudung

Related Posts

Papagomo Mohon Maaf Kepada Ketua Polis Negara, Mahkamah

Papagomo Mohon Maaf Kepada Ketua Polis Negara, Mahkamah

30/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Blogger, Papagomo atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris, hari ini mengemukakan permohonan maaf tanpa bersyarat kepada...

Bapa Mohon Maaf Rogol Anak Tiri Hingga Lahirkan Bayi, Dipenjara 10 Tahun Dan Sebat

Bapa Mohon Maaf Rogol Anak Tiri Hingga Lahirkan Bayi, Dipenjara 10 Tahun Dan Sebat

24/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu van dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini,...

Next Post

Dapatkan Keberkatan Hidup, Zila Kembali Bertudung

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd