• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dapatkan Keberkatan Hidup, Zila Kembali Bertudung

oleh AK-47
03/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DULU namanya pernah mengejutkan industri apabila ditangkap khalwat ketika masih sah bergelar isteri kepada pelawak dan pelakon Along Cham.

Zila Seeron juga menjadi bualan hangat apabila dia mengakui membuka tudung dan mewarnakan rambutnya selepas bercerai tahun lalu. Kini sekali lagi namanya meniti di bibir-bibir netizen apabila Zila Seeron kembali mengenakan hijab.

Keputusannya ini agak memeranjatkan sehingga timbul tanda tanya dalam kalangan netizen adakah dia benar-benar mahu bertudung atau mahu mempersendakan adab pemakaian tudung?

Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 29, mengakui dia kembali berhijab untuk kebaikan diri dan untuk mendapatkan keberkatan dalam hidup.

“Tolong doakan saya agar terus istiqamah dengan penampilan begini. Saya mohon maaf andai pernah mengguris perasaan ramai pihak.

“Sebagai manusia yang kerdil di bumi Allah SWT ini, saya tidak lari daripada membuat kesilapan dan terima setiap yang berlaku dengan hati yang lapang.

“Tidak dinafikan sukar untuk saya melalui situasi yang membabitkan orang ramai, namun saya perlu cekal dan tabah,” katanya dipetik laporan Harian Metro.

Bekas pelajar Akademi Fantasia musim keempat (AF4) ini khabarnya mahu membina semula kerjaya nyanyian yang telah lama ditinggalkan dan belum terlintas untuk berumah tangga kembali.

“Saya tak pernah serik untuk berkahwin lagi cuma soal jodoh ini adalah rahsia Allah SWT. Apa yang lebih utama sekarang adalah untuk mencari rezeki dan kembali aktif dalam bidang nyanyian.

“Sudah tiba masanya membina nama dalam persada nyanyian yang saya tinggalkan selepas mendirikan rumah tangga.

“Meskipun belum ada sebarang produk baru, saya masih menerima undangan menyanyi dan berharap kemunculan saya nanti disambut baik oleh peminat dan penggiat industri,” tambahnya.

Sementara itu, Zila dikatakan bakal membuat kemunculan semula bersama kumpulan Sevenation yang telah lama dikenalinya.

“Tiada masalah bekerjasama dengan mereka kerana kami sudah lama kenal. Insya-Allah jika semuanya berjalan dengan baik, kami akan berkolaborasi sempena kemunculan semula saya dan pada yang sama memperkenalkan bakat mereka di dalam arena muzik tempatan.

“Berkenaan genre muzik bakal diketengahkan kami, setakat ini belum ada perbincangan secara terperinci. Namun apa yang saya mampu katakan mereka adalah kumpulan muzik versatil,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: zila seeron
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dah Buka Tudung, Zila Seeron Tayang Rambut Blonde

02/02/2017
0

TERKEJUT jadinya apabila melihat penyanyi Zila Seeron memuat naik gambar imejnya yang sudah tidak bertudung di laman Instagram baru-baru ini....

‘Saya Sering Hubungi Zila Di WeChat’ – Zarol AF16

04/10/2016
0

PESERTA Akademi Fantasia 2016 (AF2016), Zarol memberitahu sering berhubung dengan bekas isteri pelawak Along, iaitu Zila Seeron menerusi aplikasi WeChat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd