Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Video: “Mak Bapak Punya...

"TOLONGLAH pantau aktiviti anak-anak anda ni, kalau dah mampus kena langgar mulalah nak...

Akhbar Bahasa Inggeris, Cina...

KUALA LUMPUR - Unit Komunikasi Korporat (CCU) Kementerian Kewangan kesal dengan kegagalan beberapa...

Suami Campak Isteri, ‘Hantu’...

SEORANG wanita terpaksa menanggung kesakitan apabila dipercayai dicampak suaminya dari tingkat empat kediaman...

UMNO Sabah Masih Relevan,...

KOTA KINABALU - UMNO Sabah masih relevan, namun perlu diubah suai serta ditambah...

Taufan Irma: Jutaan Penduduk Florida Pindah

HAVANA – Taufan Irma mula membadai Cuba dengan membawa angin kencang yang meragut 21 nyawa serta menyebabkan kemusnahan teruk di negara itu ketika bergerak ke arah Florida semalam.

Irma, antara taufan Atlantik terkuat sejak seabad lalu, dijangka melanda Florida pagi esok dengan membawa bersama angin pemusnah kuat dan ancaman banjir ke negeri keempat paling ramai penduduk di Amerika itu.

Usaha pemindahan terbesar dalam sejarah termasuk penduduk di sekitar Miami itu menjadi sukar akibat lebuh raya sesak, kekurangan bekalan minyak selain cabaran memindahkan warga emas dari destinasi pilihan persaraan itu.

Ribut itu diramal semakin kuat dan akan membadai Florido Keys sebagai taufan kategori lima iaitu tahap taufan terkuat menurut Pusat Taufan Nasional dengan kelajuan angin kira-kira 258 kilometer sejam.

Menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA), Amerika Syarikat hanya pernah menyaksikan tiga ribut kategori lima sejak 1981.


Katanya, taufan Irma adalah lebih besar berbanding taufan Andrew yang menjadi taufan kategori lima terakhir pernah melanda Amerika Syarikat pada 1992. – Reuters

Kategori