• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKM Diperuntukkan Lebih RM1 Juta Hadapi Banjir

oleh Ahmad Albab
26/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan diberi peruntukan lebih RM1 juta sebagai persediaan menghadapi kemungkinan musibah banjir di negeri itu hujung tahun ini atau awal tahun depan, kata Pengarahnya Said Sidup.

Beliau berkata jumlah itu merangkumi RM740,000 daripada kerajaan persekutuan manakala RM300,000 lagi daripada kerajaan negeri.

“JKM menyenaraikan 699 pusat pemindahan termasuk 14 berkapasiti besar yang mampu menempatkan 213,180 mangsa banjir,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Said berkata jabatan itu turut mengenal pasti kawasan berisiko dilanda banjir di jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tumpat dan Pasir Puteh.

Selain itu, JKM menyenaraikan 222 pangkalan hadapan sebagai pusat pengumpulan barang keperluan asas untuk diagihkan ke pusat pemindahan, katanya.

Said berkata 28 kenderaan pacuan empat roda dan dua lori disediakan untuk memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan.

“Seramai 214 orang sukarelawan yang berdaftar dengan JKM akan dikerahkan membantu mangsa banjir apabila banjir diisytiharkan di suatu kawasan,” katanya sambil menambah JKM akan mengadakan bengkel latihan simulasi bencana di semua 10 jajahan di negeri itu mulai bulan depan. – BERNAMA

Tags: BanjirJKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd