Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Banduan Lari Penjara Pengkalan...

KOTA BHARU - Seorang banduan yang melarikan diri dari Penjara Pengkalan Chepa pada...

Pesawah Di Pahang Siap...

PEKAN - Hujan yang melanda beberapa kawasan di negeri Pahang sejak beberapa hari...

28 Individu Ditahan, Pelbagai...

SHAH ALAM - Polis Selangor menahan 28 individu termasuk empat wanita dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM570,000 dalam...

Lelaki Hubungi Bekas Kekasih...

HANYA kerana mahu bekas kekasihnya mengucapkan terima kasih kerana membaiki pangsapuri kediaman mereka,...

Jeritan Selamatkan Setinggan Wakaf Mek Zainab

KOTA BHARU – Jeritan penduduk menyedarkan beberapa penduduk di Wakaf Mek Zainab di sini daripada tidur ketika api sedang marak membakar 20 rumah setinggan di kawasan itu awal hari ini.

Aliff Zaquan Abdullah, 16, berkata ketika kejadian dia bersama ibu dan tiga adiknya sedang tidur dan menyedari kebakaran itu selepas terdengar bunyi bising jeritan jirannya yang mengatakan rumah di sebelah sedang terbakar.

Katanya sebaik terjaga, dia terus membuka tingkap di bahagian dapur rumahnya dan mendapati sebuah rumah yang dihuni oleh seorang lelaki kurang siuman sedang terbakar.

Baca: 20 Unit Rumah Setinggan Di Wakaf Mek Zainab Musnah

“Saya segera mengejutkan ibu, Nik Irna Mas Idayu Che Mahmud, 34, dan membawa keluar adik-adik yang berusia satu hingga enam tahun menyelamatkan diri.

“Saya hanya sempat menyelamatkan dompet dan telefon bimbit sahaja kerana mahu cepat keluar daripada rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Seorang lagi mangsa, Mek Wok Che Ibrahim, 73, berkata beliau yang tidak dapat berjalan dan berkerusi roda namun bernasib baik kerana diselamatkan oleh cucunya yang tinggal bersama.

Mek Wok berkata beliau kerugian puluhan ribu ringgit apabila kedai runcit yang diusahakan bersama anggota keluarganya yang lain turut musnah dalam kejadian tersebut.


“Saya menetap di sini lebih 50 tahun dan ini adalah kali pertama kejadian seumpama ini menimpa penghuni di sini.

“Syukurlah kesemua anggota keluarga saya selamat. Selepas ini saya terpaksa menumpang di rumah sanak-saudara yang tinggal berdekatan,” katanya.

Kejadian pada pukul 2.45 pagi tadi menyebabkan 20 unit rumah setinggan di Wakaf Mek Zainab di sini musnah dalam kebakaran – BERNAMA

Kategori