• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Dengar Khabar Angin KFA Singkir Import

oleh AK-47
18/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR –  Semua pemain diminta memberi fokus sepenuhnya kepada perlawanan Piala Malaysia dan Liga Super dalam tempoh terdekat ini dan tidak mendengar khabar angin kononnya beberapa pemain import akan disingkirkan.

Setiausaha Kehormat, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar berkata, setakat ini belum ada sebarang perbincangan berhubung perkara itu kerana tumpuan adalah pada misi untuk layak ke separuh akhir Piala Malaysia dan seterusnya mempertahankan piala tersebut.

“Tak ada satu keputusan lagi pun, sebab kita sekarang fokus beberapa perlawanan (Piala Malaysia) kita hingga ke separuh akhir, jadi tiada keputusan mutlak pun berkenaan isu ini.

“Perlu diingat, penilaian pemain oleh pihak pengurusan dan kejurulatihan bukan sahaja melibatkan pemain import tetapi semua pemain tempatan dalam pasukan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Aminuddin berkata, KFA sendiri tidak pernah membincangkan perkara tersebut kerana semua pemain masih terikat dengan kontrak yang akan tamat penghujung musim ini.

Dalam pada itu Aminuddin turut meminta pemain agar tidak memikirkan isu penyambungan kontrak kerana ia boleh menggangu tumpuan pemain untuk mengharungi perlawanan.

Katanya, KFA mempunyai panel dan bahagian kejurulatihan yang akan menilai pemain sebelum diputuskan sama ada kontrak mereka di sambung atau sebaliknya.

“Bukan bermakna kontrak pemain ini tak penting untuk dibincangkan, tetapi kita selesaikan dulu misi kita untuk pertahankan Piala Malaysia,” katanya.

Tiga pemain import iaitu Ken Ilso Larsen,  Zachary Michael Anderson dan Sandro Da Silva akan tamat kontrak pada penghujung musim ini, kecuali Liridon Krasniqi pada 2018.

Pada Rabu ini, Kedah akan menentang Felda United pada perlawanan Liga Super, manakala menentang Selangor pada saingan suku akhir kedua Piala Malaysia, 24 Sept ini. – BERNAMA

Tags: KFAkhabar angin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: Polis Johor Diletakkan Dalam Keadaan Bersiap-siaga

Sumbangan RM6 Juta Dipulangkan Semula – Sanusi

07/01/2024
0

KUALA NERANG: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak...

Sidang Media MB Johor Esok, Cetus Khabar Angin Pembubaran DUN

21/01/2022
0

JOHOR BAHRU : Menteri Besar, Datuk Hasni Mohamad, akan mengadakan sidang media khas esok, dengan khabar angin mengaitkan ia akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd