• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tanah Punca Kelewatan Projek Tebatan Banjir

oleh AK-47
25/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelewatan pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang di Pulau Pinang berpunca daripada isu pengambilan semula tanah di kawasan berkenaan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata masalah perpindahan setinggan juga menyebabkan projek yang bernilai RM150 juta itu terlewat daripada jadual asal iaitu pada 2016.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan Hari Sungai Sedunia 2017 di sini hari ini, Wan Junaidi berkata pihaknya memberi jaminan projek itu akan diserahkan kepada kontraktor bermula pada awal Jan 2018 dan dijangka siap pada 2020.

“Proses tender dah siap…pemilihan kontraktor sedang dijalankan, Insya-Allah kalau siap, ianya akan mengurangkan banjir…kalau berlaku hujan macam minggu lepas, ia tak seburuk yang berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata sebanyak 33 daripada 473 sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar di seluruh negara dikenal pasti tercemar dan kebanyakannya berada dalam bandar antaranya Sungai Juru dan Sungai Jelutong di Pulau Pinang, Sungai Penchala di ibu negara dan Sungai Semenyih, Selangor.

“Ia berpunca daripada kumbahan kilang dan domestik yang masih dialirkan ke sungai, ada juga …ini berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab rakyat Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku JaafarProjek Tebatan Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

12/04/2025
3

BACHOK: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyegerakan projek tebatan banjir di Kelantan bagi menyelesaikan masalah banjir yang saban...

Projek Tebatan Banjir Dipercepat Melalui ‘Fast-Track’ Tender – PM

Projek Tebatan Banjir Dipercepat Melalui ‘Fast-Track’ Tender – PM

14/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempercepatkan projek tebatan banjir termasuk di Johor dengan menggunakan kaedah ‘fast-track’ atau pantas dalam kelulusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd