• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Rohingya: Wisma Putra Panggil Duta Myanmar

oleh AK-47
06/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Wisma Putra hari ini memanggil Duta Myanmar ke Malaysia, U Sein Oo untuk melahirkan rasa kurang senang Malaysia mengenai situasi terbaharu di negeri Rakhine.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan hari ini berkata Malaysia amat bimbang mengenai keganasan yang berterusan ke atas masyarakat Rohingya di negeri Rakhine.

Beliau berkata negara anggota ASEAN telah berkali-kali menggesa Myanmar mencari penyelesaian terhadap isu itu secara aman, tetapi negara tersebut tidak menunjukkan kesediaan atau keinginan untuk berbuat demikian.

“Walaupun kerajaan Myanmar telah memberi jaminan untuk melaksanakan langkah-langkah bagi menyelesaikan masalah itu, insiden baru-baru ini seperti dilaporkan secara meluas oleh media menunjukkan bahawa tidak banyak kemajuan, jikapun ada, dicapai,” kata beliau.

Memandangkan perkembangan ini, Anifah berkata Malaysia percaya isu keganasan dan diskriminasi yang berterusan terhadap komuniti Rohingya harus dibawa ke forum antarabangsa yang lebih tinggi untuk dibincangkan.

Anifah juga berkata sebagai penerima Hadiah Nobel Keamanan yang memperjuangkan prinsip hak asasi manusia, masyarakat antarabangsa meletakkan harapan yang tinggi kepada Aung San Suu Kyi untuk mewujudkan keamanan dan perdamaian di Myanmar.

“Malaysia berharap bahawa beliau dapat memenuhi harapan ini tidak lama lagi,” kata beliau.

Media antarabangsa melaporkan bahawa keganasan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Myanmar ke atas etnik Muslim Rohingya baru-baru ini di Rakhine adalah salah satu yang paling buruk dalam sejarah.

Lebih 90,000 daripada mereka terpaksa melarikan diri ke Bangladesh dan sesetengah daripada mereka terkandas di kawasan pergunungan tanpa apa-apa bekalan asas. – BERNAMA

Tags: Rohingya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

12/06/2026
0

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mempergiat tindakan penguatkuasaan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd