• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan, Ribut Jejas Aktiviti Harian Langkawi

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Kejadian angin kencang dan hujan berterusan yang membadai pulau peranginan ini hari ini menjejaskan aktiviti harian penduduk dan pelancong selain turut menyaksikan kerosakan harta benda.

Sekurang-kurangnya 10 kenderaan dipercayai mengalami kerosakan selepas ditimpa pokok tumbang di sepanjang Jalan Pantai Kok di sini sementara bumbung beberapa buah rumah di beberapa lokasi diterbangkan angin kencang yang datang tiba-tiba.

Setidak-tidaknya itu yang tular menerusi media sosial, namun menurut Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Dr Che Ghazali Che Awang berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kerosakan harta benda.

“Barangkali mereka masih menilai anggaran kerosakan namun kita telah mengerahkan anggota ke akar umbi untuk melihat situasi dan juga menawarkan bantuan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Langkawi Isahak Murat berkata tiga keluarga dari Kampung Belak, Mukim Kedawang terpaksa berpindah selepas paras air mula naik mencecah lantai rumah masing-masing.

“Buat masa ini mereka ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang sementara menunggu keadaan bertambah baik,” kata Isahak yang juga Pegawai Daerah Langkawi.

Terdahulu, beliau memberitahu Bernama pengusaha pelancongan di pulau ini telah dinasihatkan agar menghentikan kegiatan di pantai buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga.

Beliau turut menasihati nelayan agar memantau laporan cuaca selain mendapatkan nasihat daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sebelum turun ke laut.

“Bilik operasi jawatankuasa di Pejabat Daerah Langkawi juga telah diaktifkan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat atau membuat sebarang pertanyaan berhubung banjir dan juga ribut di kawasan masing-masing,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi bilik operasi itu menerusi talian 04-9666963. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

18/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap kesihatan dan pendidikan anak-anak susulan situasi jerebu...

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

18/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa negara-negara ASEAN mengadakan mesyuarat tergempar bagi memperkukuh kerjasama menangani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd