• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HPPNK: Empayar Makanan FAMA Tawar 401 Menu Kreatif

oleh AK-47
28/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Empayar Makanan menawarkan 401 menu dengan pelbagai konsep dan tema kreatif di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bersempena Hari Penternak, Petani dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 yang bermula hari ini sehingga Ahad (1 Okt).

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang menganjurkan Empayar Makanan, berkata antara menu yang disajikan ialah gulai lemak cili api Negeri Sembilan, jus tower, strawberry yummylicious dan kambing bakar plate special.

Berkonsepkan NegarakuFood, Empayar Makanan terbahagi kepada #nostalgicfood iaitu makanan popular dan diminati sepanjang masa, #hipsterfood iaitu makanan mengikut trend terkini, #viraliciousfood iaitu makanan yang digemari ramai dan dipopularkan melalui media sosial dan #foodgasm iaitu makanan yang dipersembahkan dengan gaya kreatif.

“Konsep baharu yang diperkenalkan pada Empayar Makanan ialah Fruits on Fire yang menampilkan makanan seperti jagung, ubi kayu selain keledek, pisang dan kelapa yang kesemuanya dibakar,” kata FAMA.

Tema Dari Ladang Dan Lautan Ke Meja Hidangan pula menawarkan shake jagung, burger jagung, pisang Sabah goreng, cempedak goreng dan mangga float.

“Bagi mereka yang meminati durian pula, Kendurian menampilkan konsep pilih, timbang, bayar dan makan dianjurkan dengan pilihan seperti Musang King, D24 dan durian kampung,” kata FAMA.

Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak berkata segmen Fruit and Flower Kingdom menawarkan 10,001 buah-buahan, sayur-sayuran dan ulam-ulaman melalui konsep jualan terus dari ladang.

Turut ditawarkan di Fruit and Flower Kingdom ialah 1,000 jenis orkid seperti dendrobium, cattleya, oncidium dan bunga-bungaan seperti heliconia, japanese bamboo, mawar dan jasmine.

Jualan anak pokok sayuran dan ulam-ulaman seperti petai hibrid, kerdas, avocado dan halia bara turut diadakan, katanya. – BERNAMA

Tags: FAMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd