• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Hospital Sultanah Aminah Antara Hospital Terbaik”

oleh AK-47
03/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hospital Sultanah Aminah (HSA) antara hospital terbaik di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Jabatan Kecemasannya (ED) menunjukkan 97.6% persediaan ambulans dan tempoh respons segera kurang daripada 5 minit.

“Sejak Januari hingga Julai tahun ini, jabatan itu menerima 6,215 panggilan ambulans Tahap I (kes kecemasan kritikal). Selain itu, 67% daripada panggilan ambulans Tahap I mendapat respons dalam masa kurang 15 minit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, purata Zon Merah HSA menerima 600 kes sebulan (20 kes kritikal sehari) dengan 2,000 kes separa kritikal (66 kes sehari di Zon Kuning) dan lebih 10,000 kes bukan kritial di Zon Hijau.

“Jabatan Kecemasan mempunyai 10 pakar yang mengetuai sekumpulan 39 pegawai perubatan dan ahli paramedik serta profesional kesihatan lain yang bekerjasama rapat sebagai sebuah pasukan dengan menyediakan penjagaan pra hospital, di samping perkhidmatan perubatan kecemasan.”

Sementara itu, Dr. Hisham berkata, HSA turut mempunyai Jabatan Neurosurgeri yang menjalankan 649 pembedahan besar dan 317 pembedahan kecil pada 2016.

Beliau berkata, hospital itu memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) pada 2016, apabila 99% daripada pesakit yang baru didiagnosis otak atau tumor tulang pada 2016, menjalani pembedahan elektif dalam masa kurang 3 bulan dan 100% daripada pesakit paediatrik menjalani pembedahan pengeluaran cairan celebrospinal (CSF) dengan selamat oleh pakar bedah saraf.

“Hari ini, semasa membuat semakan statistik bagi HSA, saya berbangga dengan hospital luar biasa dan berketahanan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: hospital
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd