• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Tiket Wayang Mahal, Ramai Tak Mampu – Beto

oleh
26/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMANDANGKAN sekarang ini musim filem hebat sedang ditayangkan, ramai yang mengambil kesempatan untuk menyerbu ke panggung wayang berhampiran mereka.

Baca: Beto Kusyairy Dah Buka Mulut Isu ‘Pelakon Kayu’

Namun jika difikirkan kembali, harga tiket wayang pada masa kini semakin mahal dan pastinya membuatkan ramai penonton berfikir dua kali untuk menonton di panggung wayang.

Maklumlah, kalau tengok movie di panggung wayang, feel tu lebih sikit. Lagi lagi dengan sound system yang hebat, pasti membuatkan penonton berpuas hati.

Tapi, kalau harga tiket pun dah mencecah sehingga RM20 ke atas, tidakkah penonton akan mengambil jalan mudah dengan menonton secara ‘haram’ di internet?

Sekali lagi, Nurkusyairy Zakuan Osman atau lebih dikenali sebagai Beto Kusyairi telah bersuara di akaun Twitternya yang mana turut bersimpati kepada sesetengah penonton yang tidak berkemampuan tetapi masih lagi ada niat untuk menonton filem di panggung wayang.

Tindakan itu juga merupakan satu pengorbanan yang telah dilakukan oleh penonton bagi memberi sokongan kepada industri filem tanah air kita.

Turut kelihatan ramai pengikut laman Twitter Beto bersetuju dengan pendapat Beto mengenai harga tiket wayang yang kadang-kala mencecah harga yang tidak logik.

Kadang kala jika sesebuah filem yang baru ditayangkan, harganya memang hampir mencecah sehingga RM20. Ada juga sesetengah penggung menawarkan harga yang murah, tetapi ianya hanya di sesetengah panggung sahaja.

Walaupun ramai netizen yang mengatakan mereka lebih memilih untuk menonton secara online, Beto tetap menjawab dengan tenang serta menerangkan kesan kepada industri filem tempatan jika mereka berbuat sedemikian.

Sebagai penggiat seni yang sudah menapak di industri selama hampir 10 tahun, pemikiran pelakon Bisik Pada Langit ini haruslah dicontohi oleh semua penggiat seni.

Filem terbaru lakonannya, Bisik Pada Langit kini juga sedang ditayangkan di seluruh pawagan di Malaysia. Dia juga sedang giat mempromosikan filem itu yang pada asalnya merupakan super telemovie, namun selepas mendapat sambutan, ianya dijadikan sebagai filem dan novel bertajuk Bisik Pada Langit telah mengadaptasikan filem ini dan dinaskahkan pada tahun lepas.

Kalau semua orang menonton filem secara online, apa akan jadi kepada industri perfileman tempatan kita? Kenapa ada yang sanggup berhabis duit demi menonton filem luar negara berbanding filem negara sendiri? – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: Beto KusyairiBisik Pada Langit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Muak Dengan Drama Kisah Cinta, Beto Buka Mulut Lagi

11/01/2018
0

SETELAH berduyun duyun drama adaptasi novel dan kisah cinta yang disajikan kepada penonton, sekali lagi pelakon Beto Kusyairi membuka mulut...

Bisik Pada Langit Bukan Sebuah Filem Adaptasi

08/10/2017
0

BISIK Pada Langit adalah sebuah filem sentuhan Kabir Bhatia yang mempunyai jalan cerita begitu sinonim dalam kehidupan sebuah keluarga. Meskipun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd