• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muak Dengan Drama Kisah Cinta, Beto Buka Mulut Lagi

oleh
11/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH berduyun duyun drama adaptasi novel dan kisah cinta yang disajikan kepada penonton, sekali lagi pelakon Beto Kusyairi membuka mulut mengenai isu ini.

Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman, 38, menyuarakan isi hatinya tentang lambakan drama kisah cinta menerusi akaun Twitter miliknya, Selasa lalu.

“Tak sudah dengan kisah cinta berlainan taraf dan kahwin paksa untuk gabung atau selamatkan empayar perniagan.

“Sampai bila eh kita nak duk kat takuk ni? Ke ini yang majoriti penonton kita nak?” tulisnya di Twitter.

Sebagai penonton, kita sendiri dapat melihat bahawa drama petang di televisyen kebanyakannya menggunakan plot yang sama dan jalan cerita yang hampir serupa namun hanya watak sahaja ditukar.

Malah, Beto sendiri mengakui bahawa kebanyakan email yang diterimanya mempunyai jalan cerita yang lebih kurang sama.

Dalam masa sama, ada juga netizen yang mengatakan bahawa sebab utama banyak drama cinta masa kini ialah kerana demand penonton sendiri yang mahukan drama seperti itu disiarkan.

Tambah pelakon filem Bisik Pada Langit itu lagi, karya yang bagus akan dilihat pada isinya sendiri dan bukan hanya jalan cerita semata-mata.

Enrti Beto itu mendapat sambutan balas bukan sahaja daripada netizen malah turut menarik perhatian beberapa selebriti tempatan yang bersetuju dengan kata-kata Beto.

Antara pelakon yang bersama dengan Beto ialah Zahiril Adzim, Nad Zainal, Anas Ridzuan dan Adam Shahz.

Menurut Zahiril, persamaan jalan cerita drama seperti itu seringkali disiarkan dalam masa yang dekat dengan drama yang baru selesai.

Penonton juga mengharapkan agar akan ada perubahan baharu dalam penerbitan drama Melayu di negara kita agar ia tidak jadi seperti trend dengan hanya siar drama berdasarkan novel semata-mata. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: adaptasi novelBeto Kusyairidrama cinta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peminat Cabar Drama Tentera Janna Nick Bukan Hanya Fasal Cinta

23/08/2018
0

PENGARAH dan penerbit Jinggo berasa tercabar apabila drama yang sedang dalam penggambaran berjudul Leftenen Zana lakonan Janna Nick mendapat kritikan...

Bisik Pada Langit Bukan Sebuah Filem Adaptasi

08/10/2017
0

BISIK Pada Langit adalah sebuah filem sentuhan Kabir Bhatia yang mempunyai jalan cerita begitu sinonim dalam kehidupan sebuah keluarga. Meskipun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd