• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Promosi MYTV Dilanjutkan Hingga 31 Disember

oleh AK-47
16/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. kini melanjutkan harga promosi dekoder digital televisyen pada RM199 sehingga 31 Disember 2017.

Harga asalnya adalah RM317 setelah termasuk dengan cukai barang dan perkhidmatan.

Ketua Pegawai Eksekutif MYTV, Michael Chan berkata lanjutan tempoh itu bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki dekoder tersebut pada harga lebih berpatutan.

Ini secara tidak langsung menikmati audio dan video digital secara jelas menerusi myFreeview.

Setakat ini, sejumlah 4.2 juta dekoder percuma sedang diedarkan kepada kelompok isi rumah yang layak daripada golongan berpendapatan rendah yang merupakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Chan berkata dekoder MYTV itu sesuai untuk digunakan oleh set televisyen baharu dan lama, termasuk jenis tiub sinar katod.

“Pengguna hanya perlu menyambung dekoder itu dengan televisyen dan antena UHF yang berfungsi. Kedua-dua antena luar dan dalam juga boleh digunakan biarpun kami lebih mengesyorkan penggunaan antena UHF,” katanya dalamn satu kenyataan hari ini.

MYTV telah dilantik oleh kerajaan bagi melakukan usaha-usaha transformasi perkhidmatan penyiaran percuma negara daripada analog kepada digital di bawah Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional.

Dekoder berkenaan boleh dibeli secara dalam talian di https://shop.mytvbroadcasting.my serta 220 premis kedai elektrik di sekitar Malaysia.

Maklumat senarai penuh premis terbabit boleh diperoleh di www.mytvbroadcasting.my. – BERNAMA

Tags: Dekoder TVMYTV
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MYTV Gantung Siaran Awesome TV

MYTV Gantung Siaran Awesome TV

19/10/2023
0

PUTRAJAYA: MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) menggantung penyiaran saluran televisyen swasta, Awesome TV di platformnya berkuat kuasa 2 November ini....

Rakyat Kini Kembali Nikmati Siaran TV Digital

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan ujian televisyen digital MYTV di beberapa negeri iaitu Kelantan, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Perak, Melaka, Sabah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd