• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Kini Kembali Nikmati Siaran TV Digital

oleh Ahmad Albab
30/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan ujian televisyen digital MYTV di beberapa negeri iaitu Kelantan, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Perak, Melaka, Sabah dan Sarawak yang mengalami gangguan sejak 11 Oktober lalu kini boleh dinikmati semula oleh rakyat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata gangguan itu berpunca daripada beberapa isu komersil di antara pihak MYTV Broadcasting Sdn. Bhd (MYTV) dan Telekom Malaysia Berhad (TM).

“Saya berpuas hati kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat berhubung dengan isu mereka. Ini bagi memastikan perkhidmatan TV digital akan dapat dinikmati oleh rakyat bermula hari ini.

“Apa yang lebih penting, penyampaian perkhidmatan kepada rakyat perlulah sentiasa diberikan pertimbangan dan keutamaan tertinggi oleh semua penyedia perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Twitter dan Facebook beliau hari ini.

Menurutnya beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) supaya memudah cara penyelesaian isu tersebut dalam tempoh terdekat selain beberapa siri perbincangan diadakan di antara MCMC, MYTV dan TM sejak beberapa minggu lalu.

Katanya MCMC telah melaporkan bahawa MYTV dan TM bersetuju terhadap kaedah penyelesaian berhubung isu komersil membabitkan kedua-dua pihak.

Gobind ketika menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) berhubung isu itu di Dewan Rakyat minggu lepas, berkata penyelesaian isu gangguan perkhidmatan ujian televisyen digital MYTV yang sedang berlaku diharap dapat dicapai minggu ini. – BERNAMA

Tags: Gobind Singh DeoMYTV
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gobind Cuba Salahkan Kerajaan Johor Isu Network School?

Gobind Cuba Salahkan Kerajaan Johor Isu Network School?

23/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See membidas Menteri Digital, Gobind Singh...

“Jangan Kita Lupa Skandal 1MDB” – Gobind

“Jangan Kita Lupa Skandal 1MDB” – Gobind

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Digital, Gobind Singh Deo mengingatkan rakyat Johor supaya tidak melupakan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd