• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hamas Ulangi Kesediaan Bersatu Dengan Fatah

oleh Ahmad Albab
20/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAFAH – Pemimpin Hamas, Ismail Haniya mengulangi kesediaan partinya untuk penyatuan Palestin hari ini, sekembalinya dari Mesir ke Semenanjung Gaza.

Ahad lalu, parti Islam yang memerintah Gaza itu mengumumkan, ia bersedia akur dengan siri tuntutan oleh parti lawan, Fatah pimpinan Presiden Mahmud Abbas dan menyokong rancangan untuk pilihan raya baharu.

Ketua konsesi dibantu Mesir itu membubarkan apa yang digelar jawatankuasa pentadbiran, dilihat sebagai kerajaan lawan terhadap pentadbiran diketuai Abbas di Tebing Barat.

“Jawatankuasa pentadbiran di Semenanjung Gaza kini tidak lagi berfungsi. Kami kini bersedia menerima kerajaan penyatuan untuk memasuki Semenanjung Gaza,” kata Haniya dalam sidang media di lintasan sempadan Rafah dengan Mesir.

Beliau berkata partinya bersedia kembali ke Mesir untuk rundingan langsung dengan Fatah untuk peringkat seterusnya.

“Kami bersedia kembali ke Kaherah beberapa hari lagi untuk meneruskan dialog,” tambah Haniya menegaskan, beliau ‘komited terhadap kejayaan’ satu penyatuan.

Semalam, Haniya bercakap kali pertama dalam tempoh hampir setahun dengan Abbas dan pihak berkuasa Fatah berkata, mereka menjangka Perdana Menteri Rami Hamdallah melawat Gaza beberapa hari lagi.

Hamas memaksa Fatah keluar dari Gaza dalam perang saudara pada 2007 dan pelbagai cubaan penyatuan berikutnya gagal. – AFP/BH ONLINE

Tags: GazaHamas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd