• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hamas Sedia Berunding, Berdamai Dengan Fatah

oleh Ahmad Albab
18/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Hamas bersetuju untuk berunding dengan pergerakan Fatah bagi membubarkan jawatankuasa pentadbiran Gaza dan mengadakan pilihan raya umum, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan semalam.

Langkah itu diambil bagi memeterai satu perjanjian untuk menamatkan persengketaan antara dua kumpulan berkenaan.

Pihak Berkuasa Palestin yang dikawal Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas, berperang dengan Hamas pada 2007, yang kemudian membawa kepada pengambilalihan kuasa di Gaza oleh Hamas.

Sejak itu, beberapa percubaan untuk mendamaikan kedua-dua kumpulan dan membentuk kerajaan perpaduan di Gaza dan Tebing Barat gagal.

Hamas berkata, ia bersetuju membubarkan pentadbiran di Gaza bagi membolehkan kerajaan sementara menjalankan tugas untuk mengadakan pilihan raya dan berbincang dengan Fatah.

Mesir berbincang dengan Fatah untuk melaksanakan perjanjian itu yang ditandatangani pada 2011 di Kaherah dengan Hamas, bagi menamatkan pertikaian dan membentuk kerajaan sementara sebelum pilihan raya.

Dengan prospek inisiatif perdamaian Asia Barat oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang lebih bersimpati terhadap Israel, Abbas memberi tekanan kepada Hamas.

Ini termasuk tidak membayar kos bekalan elektrik yang disalurkan ke Gaza kepada Israel dan memotong gaji penjawat awam di wilayah itu. – Reuters/BH ONLINE

Tags: GazaHamas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

MB Selangor Amirudin Shari Ketuai Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza, Global Sumud Flotilla 2.0

MB Selangor Amirudin Shari Ketuai Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza, Global Sumud Flotilla 2.0

03/04/2026
0

‍SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari diamanahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewakili...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd