• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Generasi Kedua Felda Lega Dapat Lot Tanah Rumah

oleh AK-47
06/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA BERANG – “Kami lega dan gembira dengan perkembangan positif mengenai pemilikan lot tanah untuk generasi kedua Felda Bukit Bading kerana itulah perjuangan kami sejak beberapa tahun lalu,” kata Mohd Khairudin Sabri, 34.

Beliau adalah antara 450 generasi kedua di tanah rancangan itu yang memohon untuk memiliki tapak tanah untuk mendirikan rumah sendiri.

“Sebenarnya, permohonan ini sudah bermula sejak tahun 2002 di mana cadangan asal ketika itu ialah memohon rumah teres sebanyak 50 unit untuk generasi kedua Felda Bukit Bading.

“Namun, hasil perbincangan pengurusan tertinggi Felda dan kerajaan, akhirnya mereka bersetuju untuk mengagihkan 130 lot tapak tanah dahulu untuk fasa pertama dan baki 320 lot akan diagihkan secara berperingkat selepas itu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis perjumpaan bersama pemohon tanah generasi kedua Felda Bukit Bading yang turut dihadiri oleh Anggota Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari.

Bagi peneroka tanah rancangan itu, Nik Mut Nik Mat, 63, beliau terharu kerana impiannya melihat anaknya memiliki tanah sendiri di Felda Bukit Bading akan tercapai tidak lama lagi.

“Sekarang ni, anak Pok duduk menyewa merata-rata sebab tak ada rumah sendiri. Alhamdulillah tak lama lagi dapatlah dia merasa duduk di rumah sendiri, hasil keprihatinan kerajaan ini.

“Pok memang sukalah sebab tanah tu percuma sahaja. Lokasinya pula dekat dengan rumah, senanglah sikit dia nak selalu datang ziarah kami nanti,” katanya yang tinggal di tanah rancangan itu sejak 46 tahun lalu.

Felda Bukit Bading dibuka pada tahun 1967 dan mula diduduki oleh peneroka dua tahun selepas itu.

Jumlah peneroka asalnya ialah seramai 585 orang dan ketika ini hanya 160 peneroka sahaja yang tinggal memandangkan ramai antara mereka sudah meninggal dunia.

Ketika ini, kira-kira 4,600 penduduk terdiri peneroka asal bersama anak dan cucu mereka tinggal di tanah rancangan itu.

Seorang lagi generasi kedua Felda Bukit Bading, Abdul Wahab Abdul Rahim, 37, turut berterima kasih kepada Felda, kerajaan negeri dan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Terengganu yang sangat komited serta sensitif dengan setiap luahan mereka.

“Hari ini, saya lebih teruja apabila menghadiri sendiri taklimat kerana dapat mendengar sendiri daripada semua pihak yang terlibat dengan pengagihan tanah ini.

“Soal kos membina rumah itu nanti saya fikirkan, kerana yang penting dapat dulu tanah itu,” katanya yang tinggal menyewa di kampung berhampiran.

Sementara itu, Jailani yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata kerajaan sentiasa sensitif dengan keperluan perumahan untuk generasi kedua Felda kerana itu adalah antara fokus utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap golongan itu.

“Jadi hari ini kita dah beri taklimat terperinci agar kesemua pemohon memahami prosedur seterusnya dan memberi kerjasama sepenuhnya seperti dokumen lengkap untuk memudahkan proses pengagihan lot tanah itu.

“Proses seterusnya ialah mencari sumber pembiayaan untuk membina rumah di atas tapak tanah itu. Terpulang kepada mereka sama ada menggunakan wang sendiri atau pinjaman melalui Felda hasil kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB),” katanya. – BERNAMA

Tags: Felda
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pakai Uniform Sekolah, Bercium Di Tempat Awam

Next Post

Lelaki Bangladesh Maut Ditikam Rakan Senegara

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

Next Post

Lelaki Bangladesh Maut Ditikam Rakan Senegara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd