• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gabungan MB & Bekas MB, Mampu Menang PRU14

oleh AK-47
09/09/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHUKAI – Gandingan menteri besar Terengganu dengan dua bekas menteri besar negeri ini mampu memastikan UMNO terus menang di Terengganu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri yang juga Naib Presiden UMNO menjalankan tugas timbalan presiden parti berkata gandingan kerjasama Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Ahmad Said itu juga mampu melenyapkan segala kontroversi yang pernah dicanang sebelum ini.

“Realitinya Idris dan Ahmad bukan lagi Menteri Besar tetapi ketiga-tiga ini (bersama Ahmad Razif) duduk bersama-sama di atas pentas. Ia adalah petunjuk bahawa sejarah silam telah berlalu. Perbezaan diketepikan demi kepentingan UMNO keseluruhannya.

“Jangan pernah usik UMNO dan Barisan Nasional selagi pemimpin-pemimpin ada bersama dengan kita ini dengan didukung oleh ketua bahagian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan masyarakat..insya-Allah Terengganu masih milik UMNO pada masa akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan UMNO Bahagian Kemaman 2017 di sini hari ini.

Pada majlis itu Ahmad Razif yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu kelihatan ceria memeluk Ahmad selepas Ahmad selesai memberi ucapan sebagai Ketua Bahagian UMNO Kemaman, dan tindakan spontan itu dipuji oleh Ahmad Zahid.

Idris yang juga Menteri Pendidikan Tinggi hadir bersama para pemimpin UMNO di Terengganu, veteran UMNO serta anggota perwakilan bahagian Kemaman pada majlis itu.

Ahmad Zahid turut menyatakan keyakinannya dengan cantuman idea ketiga-tiga pemimpin berkenaan bagi menzahirkan pelbagai pembangunan untuk kebaikan rakyat malah mereka mempunyai pengalaman dalam menanggani situasi dan era politik di Terengganu.

“Kita llihat apa yang berlaku suatu ketika dahulu apabila kita (UMNO) kecundang untuk mempertahankan Terengganu dan kehilangan satu penggal. Tetapi atas usaha dan kepercayaan kepada Idris (Menteri Besar ketika itu) bersama pemimpin lain, Terengganu ditakluki semula.

“Namun jika tidak diberikan keutamaan kesatuan, ada kemungkinan peristiwa kehilangan kuasa ini akan berlaku semula. Jika kita melayan perbezaan kita…layan tukang kipas kiri dan kanan, maka kita akan tempah maut pada PRU akan datang,” katanya.

Selain itu, mengenai pencalonan Ahmad untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, Ahmad Zahid berkata beliau tidak dapat membuat pengesahan meskipun ada permintaan daripada pihak UMNO Kemaman.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa peluang itu wujud sekiranya Ahmad terus membuktikan komitmen kepada parti dan masyarakat.
Sebelum ini timbul isu melibatkan Ahmad dan Ahmad Razif yang mengeruhkan suasana seolah-olah Terengganu dilanda masalah politik selepas Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar pada 2014.

Ia berlarutan hingga berlaku percanggahan pendapat antara kedua-duanya dan timbul spekulasi Ahmad mahu beralih ke parti lain namun ia tidak berlaku selepas Ahmad bertegas tentang kesetiaannya bersama UMNO.

Ahmad sebelum ini menggantikan Idris, yang merupakan Anggota Parlimen Besut pada 2008. – BERNAMA

Tags: PRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd