Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Wanita Rela Tanggal Pakaian,...

RAKAMAN sebuah video wanita yang membuat sesuatu di luar jangkaan demi mendapatkan barang...

Status Agama Anak Antara...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 dibentangkan...

Ibu 52 Tahun Masih...

SYDNEY – Kebanyakan ibu hanya beri susu badan eksklusif selama 6 bulan atau paling...

Guru Di Pakistan Diajar...

PERISTIWA serangan puak Taliban ke atas sebuah sekolah di daerah Peshawar pada Disember...

FGV Perjelas, Sambut Baik Azhar Jadi Pengerusi

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) dan pengurusannya menyambut baik dan mengalu-alukan pelantikan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai pengerusinya yang baharu.

FGV berkata lembaga pengarah akan melaksanakan proses perlu mengikut peruntukan dalam Akta Syarikat 2016 dan Syarat Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR) Bursa Malaysia Securities Bhd. untuk melantik Azhar sebaik menerima makluman daripada pihak berkuasa berkaitan.

Dalam kenyataan hari ini, FGV menjelaskan kekeliruan yang timbul susulan pengumuman Bursa Malaysia lewat semalam, selain laporan media yang mempersoalkan motif syarikat itu yang tidak memperakui pelantikan itu lebih awal.

Dalam pengumuman Bursa Malaysia, FGV berkata sehingga 5.30 petang Jumaat, setiausaha syarikat belum menerima makluman bertulis daripada pihak berkuasa berkaitan mengenai pelantikan Azhar.

“Sebagai syarikat senaraian awam dan syarikat berkaitan kerajaan, FGV terikat dengan syarat. peraturan dan standard amalan terbaik mengikut Akta Syarikat 2016, MMLR Bursa Malaysia, Kod Tadbir Urusan Korporat Malaysia 2017 dan Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A),” katanya.


Sejak berita mengenai pelantikan Azhar disiarkan media, FGV menghubungi pihak berkuasa yang berkaitan untuk memperoleh makluman bertulis seperti yang disyaratkan mengikut M&A bagi melaksanakan pelantikan itu.

Penjelasan itu dibuat sebagai respon kepada artikel sebuah akhbar harian bertajuk: “Apa motif FGV tidak iktiraf pengumuman pelantikan Azhar Abdul Hamid”. – BERNAMA

Kategori