• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FGV Jelas Kenyataan Tak Tepat Akhbar Mingguan

oleh AK-47
07/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini menjelaskan beberapa kenyataan tidak tepat yang diterbitkan oleh sebuah akhbar perniagaan mingguan tempatan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata bekas Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah, tidak terlibat dalam meluluskan atau melaksanakan proses pembayaran Safitex Trading LLC.

FGV berkata tidak ada satu pun kelulusan dan urus niaga berkaitan Safitex Trading mempunyai tanda tangan Emir atau membuat sebarang rujukan kepadanya.

Kumpulan itu juga menjelaskan keputusan untuk memansuhkan cadangan pembelian 55 peratus pegangan dalam syarikat minyak makan China, Zhong Ling Nutril-Oil Holdings Ltd, bukan dibuat oleh Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad.

FGV berkata ia disebabkan oleh syarat-syarat terdahulu (CP) dalam perjanjian jual dan beli yang tidak dapat dipenuhi dalam tarikh penyelesaian CP dan tidak dikecualikan.

“Lembaga memutuskan untuk membuat pengumuman mengenai perkara di atas pada 8 April, 2016. Pada Februari 2017, satu lagi cadangan untuk bekerjasama dengan Zhong Ling berkaitan anak syarikat FGV di China dimulakan oleh satu jawatankuasa kerja di bawah pimpinan Zakaria tetapi dibatalkan disebabkan oleh isu-isu pembiayaan,” kata kumpulan itu.

Mengenai langkah FGV tidak meneruskan urus niaga pembelian pegangan dalam PT Eagle High Plantations, kumpulan itu berkata, ia bukan keputusan yang diambil oleh Zakaria. – BERNAMA

Tags: FGV
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

28/06/2022
0

Sejak beberapa hari ini, boleh dilihat PH berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti FGV dan FELDA dengan pengumuman Mesyuarat Agung FGV untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd